(Fot0) Bakal Jadi Nenek, Sekitar Majlis ‘Baby Shower’ Anak Ziela Jalil Yang Meriah Sungguh!

Seperti yang kita semua tahu hubungan pelakon dan penerbit terkenal,Datuk Ziela Jalil dengan anak-anaknya sangat akrab. Malah ada sahaja yang dilakukan mereka secara bersama dibuat meriah untuk mengeratkan lagi hubvngan kekeluargaan di antara mereka.

Majlis Yang Serba Meriah

Ini termasuklah mengenai persiapan menantikan ketibaan cucu sulungnya tidak lama lagi. Baru-baru ini, anak kepada Ziela atau nama sebenarnya Norzilah Abdul Jalil, Dr Puteri JuliaNabilah dan suami nya, Dr Dziya Faqhran telah mengadakan sebuah majlis doa selamat dan ‘baby shower’ bagi mendedahkan jantina bakal anaknya. Dalam majlis itu, turut kelihatan beberapa orang selebriti yang juga kenalan rapat Ziela seperti Datin Nina Juren, Datuk Sheila Majid dan ramai lagi hadir memeriahkan majlis.

Bakal Timang Cucu Perempuan

Majlis yang diadakan serba meriah itu telah mendedahkan bahawa Ziela bakal menimang seorang cucu perempuan yang dijangka tidak lama lagi.

Rata-rata pengikut selebriti itu memuji keakraban hubungan anak-beranak ini selain turut mendoakan agar Dr Puteri dipermudahkan untuk bersalin. Tahniah buat Ziela sekeluarga!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber:  hangat via MenujuKebenaran

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "(Fot0) Bakal Jadi Nenek, Sekitar Majlis ‘Baby Shower’ Anak Ziela Jalil Yang Meriah Sungguh!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*