‘Dia Baik, Mesra Dan Sikap Dia Buat Saya Senang Dan Sayang ‘ – Alvin Chong Bercinta Dengan Janna Nick Pula?

PELAKON dan penyanyi Alvin Chong mengakui dia bersikap terbuka untuk dikaitkan dengan aktres Janna Nick.

Alvin berkata, tidak timbul masalah baginya dengan gosip sedemikian kerana sudah lali ‘dijodohkan’ oleh peminat.

“Saya tak kisah jika timbul gosip cinta macam itu dan okay sahaja.

“Sebelum ini pun saya pernah dikaitkan dengan beberapa orang aktres dan tak mustahil jika lepas ini kena gosip dengan Janna pula!,” katanya kepada mStar Online.

Menerusi drama Awak Suka Saya Tak, peminat turut mengharapkan Alvin menjalinkan hubungan cinta bersama heroinnya iaitu Emma Maembong.

Terbaharu, Alvin bergandingan bersama Janna dalam lagu ciptaan Hael Husaini berjudul Aku Kamu.

Janna seorang teman yang menyenangkan. Foto Instagram: @alvinchong123.

Dalam pada itu, pemuda berusia 26 tahun ini mengakui senang bersahabat dengan pelakon cantik itu.

Katanya, Janna seorang wanita yang ringkas, ceria dan mudah diajak berbual.

“Sejujurnya saya selesa berkawan dengan Janna. Dia gadis yang baik, mesra dan sikap gila-gila dia buat saya senang.

Peminat mahu Alvin dan Emma Maembong bercinta. Foto Instagram: @alvinchong123.

“Lagi best dia pandai masak, kalau nak tahu masa penggambaran muzik video ini di Itali bulan lalu, dia yang masak untuk kami,” ujarnya.

Bercakap mengenai single duet bersama Janna, lagu tersebut merupakan runut bunyi untuk drama My Coffee Prince yang sedang bersiaran di Astro Ria.

Alvin berkata sesi penggambaran klip video lagu tersebut mengambil masa tiga hari untuk disiapkan di Roma, Itali.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

PEDAS GILEE WEYH!!!! uolssss kena try MAGGI Pedas Giler ni sebab tgh kecoh orang ckp memang pedasssss sangat-sangat weyh MAGGI Pedas Giler ni..Saya ada tgk @radin_era kalah dengan @hahanybunch aritu masa dalam Cabaran Kontrol Macho🤭 ..x macho la lelaki kalah dgn perempuan hihi ..Jd arini saya sahut Cabaran Kontrol Macho ni dengan @alvinchong123 🤨.. Cabaran kontrol macho ni uollss kena kontrol ekpresi muka uolls dlm keadaan pedas gilerrrrrr tanpa minum air dan tak boleh keluar suara sikit pun hiii.. Hah uolls kalau x caya sure i menang punya laa dalam cabaran kontrol macho ni! tgk muka i steady ke x?? @janna_nicker pun korg berani x sahut cabaran i dalam Cabaran Kontrol Macho ni???😉 kalau korg berani jgn lupa hashtag #cabarankontrolmacho dan tag @jannanick tau!! Saya nak cabar @venicemin @uzairhaqimy69 @luthmikhail20 @sheilarusly_jspictures jugak. Good luck, uolssss! #pedasgiler #cabarankontrolmacho #maggipedasgiler

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : mStar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "‘Dia Baik, Mesra Dan Sikap Dia Buat Saya Senang Dan Sayang ‘ – Alvin Chong Bercinta Dengan Janna Nick Pula?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*