Bisnes Adam Corrie Merudum dan Isteri S4kit, Lihat Apa yang dilakukan Oleh Pasangan Fasha Sandha dan Aidil

Beberapa hari lepas telah tular satu isu mengenai perniagaan pakaian yang diusahakan oleh Adam Corrie tidak mendapat sambutan.

Adam Corrie menjalankan perniagaan pakaian di Menara Mara, Kuala Lumpur sepanjang bulan Ramadhan ini.

Menerusi laman sosial Facebook, Adam Corrie telah memuat naik satu post yang mana pasangan kegemaran ramai Fasha Sandha & Aidil telah berkunjung ke kedainya.

Fasha dan Aidil turut datang dan membeli pakaian untuk menyokong perniagaan Adam yang dikatakan tidak mendapat sambutan sebelum ini.

Pasangan Fasha Sandha dan Aidil berhati dilihat tidak memilih tempat untuk membeli pakaian mereka walaupun mereka bergelar artis.

Mereka sanggup datang untuk membeli pakaian dan secara tidak lansung mereka dapat menyokong perniagaan rakan-rakan artis yang lain.

Sebelum ini telah tular dilaman sosial apabila perniagaan Adam Corrie merudum. Ditambah pula dengan tahap kesihatan isteri serta anaknya yang tidak begitu baik menyebabkan beliau dalam keadaan runsing ketika ini.

Menurut Adam, salah satu punca perniagaannya tidak mendapat sambutan apabile bazar Ramadhan Jalan Tuanku Abdul Rahman berpindak ke lokasi baru pada tahun ini.

Ekoran dari perpindahan itu, penurunan pengunjung yang berkunjung ke kawasan itu menyebabkan perniagaannya merudum.

Ditambah pula, Adam yang runsing memikirkan penjualannya berkurang pada tahun ini dan dia telah menempah stok yang banyak.

Luahan Adam Corrie.

Sudah dua minggu tiada jualan, macam mana nak raya? Saya buntu memikirkan masalah ini sampai tak lalu makan.

Hari-hari saya hanya menjamah juadah berbuka puasa dan akan makan pada iftar hari berikutnya.

Biasanya pengunjung yang datang ke gerai jualan kami di Menara Mara tidak putus-putus tetapi entah kenapa pada tahun ini sambutan sangat kurang menggalakkan.

Pelanggan saya terdiri daripada pengunjung yang datang dan mahu mencuba sendiri pakaian yang saya jual.

“Jadi, apabila saya mempromosikan dengan cara lain misalnya online, ia kurang mendapat sambutan,” tambahnya.

Selain itu, Adam turut berasa kecewa apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mencuri rekaan kurtanya.

Saya tidak berkesempatan untuk mempatenkan rekaan kurta saya dan sangat kecewa apabila ada pihak yang meniru bulat-bulat rekaan saya dan menjual dengan harga lebih murah,” ujarnya.

Semoga perniagaan Adam Corrie akan terus berkembang maju dan sentiasa dimurahkan rezeki.

 

 Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Yoynetwork

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Bisnes Adam Corrie Merudum dan Isteri S4kit, Lihat Apa yang dilakukan Oleh Pasangan Fasha Sandha dan Aidil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*