Beruntung Allah pertemukan saya dengan dia – Rossa sedih pem3rgian bekas PRO

“Hanya Allah yang mampu membalas jasanya menjaga saya ketika mula-mula mahu bertapak di industri seni muzik Malaysia.”

Itu luahan penyanyi tersohor Indonesia, Rossa tatkala mendapat berita pemergian bekas Pegawai Perhubungan Awam (PRO), Bahanordin Deraman telah dijemput ilahi pukul 8.30 malam tadi.

Rossa yang dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp berkata, Allahyarham Bahanordin atau lebih mesra disapa sebagai Bard sentiasa berusaha untuk memudahkan segala urusan seninya di sini.

“Semoga jasanya dalam membantu menaikkan nama Rossa melapangkan ‘tempatnya’. Semoga cahaya yang dia bantu suluhkan dalam kerjaya saya menerangi ditempat disana.

“Semoga doa-doa kita semua menjadi peneman di alam sana. Kita kehilangan insan yang cukup berhati mulia,” katanya kepada MHE TV.

Rossa dalam pada itu meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Tuhan kerana memberi kesempatan untuk bertemu dengan insan mulia seperti Bard.

Allahy4rham telah ‘pergi’ pukul 8.30 malam tadi akibat komplikasi kencing manis selepas jatuh di kediamannya di Kuala Lumpur.

Allahy4rham dijemput ilahi pada usia 53 tahun pernah membantu menguruskan kerjaya beberapa artis popular lain antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kris Dayanti dan ramai lagi.

Allahy4rham Bard meninggalkan dua orang anak Nur’ Ain Batrisya, 15 tahun dan Rizki Langit Ramadan, 12 tahun.

Jenazah akan dibawa ke masjid As Sobirin, AU5C/2, Lembah Keramat sebelum dikebumikan di Tanah Perkvbvran AU4 selepas Zuhur.

Semoga Allahy4rham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : MHE TV

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Beruntung Allah pertemukan saya dengan dia – Rossa sedih pem3rgian bekas PRO"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*