“Aliff Bijak, Cuma Imannya Kurang” – Bella Astillah Rayu Bantu Aliff Aziz, Jangan Sorak Gembira

SUSULAN kontr0versi video dan beberapa keping foto penyanyi Aliff Aziz yang memperlihatkan bahagian belakangnya dicacah dengan lukisan menyerupai tatv, bekas isterinya iaitu Bella Astillah tampil menjelaskan apa yang berlaku.

Menurut Bella yang baru tiba dari Melbourne, Australia, Aliff memberitahunya bahawa dia telah dianlaya oleh individu yang baru dikenalinya.

“Saya sangat-sangat sedih dengan apa yang menimpa diri Aliff. Walau apapun dia tetap bapa kepada anak saya.

“Dan sebenarnya sebelum Bella berangkat ke Melbourne, Bella bawa Ayden berjumpa dengan dia di Singapura untuk luangkan masa dengan daddy dia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam, Bella baru sampai Malaysia subuh tadi. And I received a lot of calls, texts, dms and mentioned from ig & twitter berkenaan dengan ex-husband saya, Aliff. Maaf kepada media yang bella tak dapat reply sbb harini bella nak rest kurang sihat🙏🏻. . . Di sini saya kongsikan sedikit, saya sangat2 sedih dengan apa yang menimpa diri Aliff. Walau apapun he is still the father of my son. Dan sebenarnya sebelum bella berangkat ke Melbourne, Bella bawa Ayden berjumpa dengan dia di Singapore untuk spend time dengan Daddy dia. Apa yang terjadi sekarang sangat mengejutkan saya dan keluarga. Saya tak dapat menahan sedih dan menghubungi dia pagi tadi and he said dia dianiaya oleh orang yang baru shj dia kenal yang terdapat dalam video tersebut hanya untuk mengenakan dia. Wallahualam 😔 . . Tapi niat dan point utama saya kat sini, Aliff is feeling lost and despair. Perlukah kita bersorak gembira? Adakah kita betul2 tiada hati dan perasaan? Adakah kita atau ahli keluarga kita dah cukup sempurna? Adalah lebih baik kita doa yang baik2 sebab kita sendiri taktahu apa dan bagaimana pengakhiran hidup kita. . . Jangan kita meremehkan hal yang berkenaan dengan depression. Saya selalu beritahu Aliff he can always call/video call Ayden. Anytime. Saya tak berdendam dengan dia, saya dah maafkan dia 100%. Siapalah saya nak menghukum dia. Aliff seorang yang sangat bijak, berilmu tinggi cuma iman dia kurang. Dan kepada siapa pun yang berkawan dengan Aliff sekarang, lindungi dan bantulah dia bukan sebaliknya. Soal tattoo, boleh check ig @leahenna_artist sbb kak Lea yang buat nama Bella tu menggunakan Inai when I was in China tahun 2016 rasanya lama sangat dah. . . Adakah kita rasa puas dan hebat sekiranya apapa terjadi pada Aliff? Nauzubillahminzalik. Kita doa yang baik2 dan comment yang baik2 kat ig dan twitter dia, manatahu dapat bantu dia. Dan semoga Aliff kembali sihat, mudah mudahan. Be strong @aliffaziz91

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

Bella menjelaskan perkara sebenar mengenai foto dan video bekas suaminya tersebar.

“Apa yang terjadi sekarang sangat mengejutkan saya dan keluarga. Saya tak dapat menahan sedih dan menghubungi dia pagi tadi dan dia beritahu dianlaya oleh orang yang baru saja dia kenal yang terdapat dalam video tersebut hanya untuk mengenakan dia,” katanya.

Beberapa keping foto Aliff yang memperlihatkan bahagian d@danya dicacar nama Bella dan lukisan penuh di bahagian belakang badan menjadi tular di laman sosial sejak Sabtu.

Bagaimanapun, Aliff sudah menjelaskan lukisan tersebut hanya diukir menggunakan inai hitam.

Selain foto-foto tersebut, video yang memperlihatkan Aliff sedang bert3ngkar dengan seseorang menerusi telefon turut menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.

Tapi niat dan tujuan utama saya kat sini, Aliff berasa kehilangan dan berputus asa. Perlukah kita bersorak gembira? Adakah kita betul-betul tiada hati dan perasaan?

Bella Astillah

Bekas isteri Aliff Aziz

Tambah Bella lagi, dia menasihati netizen untuk memberi ruang kepada Aliff yang kini dalam keadaan tidak stabil dan kemurvngan.

“Tapi niat dan tujuan utama saya kat sini, Aliff berasa kehilangan dan berputus asa. Perlukah kita bersorak gembira? Adakah kita betul-betul tiada hati dan perasaan?

“Adakah kita atau ahli keluarga kita dah cukup sempurna? Adalah lebih baik kita doa yang baik-baik sebab kita sendiri tak tahu apa dan bagaimana pengakhiran hidup kita.

“Jangan kita meremehkan hal yang berkenaan dengan kemurungan. Saya selalu beritahu Aliff, dia sentiasa boleh hubungi Ayden. Bila-bila masa,” katanya.

Pelukis inai mendedahkan dia individu yang bertanggungjawab melukis nama Bella di dada Aliff menggunakan inai hitam.

Dalam pada itu, Bella mengakui dia tidak menyimpan perasaan dendam dan sudah memaafkan sepenuhnya bekas suaminya itu.

“Saya tak berdendam dengan dia, saya dah maafkan dia 100 peratus. Siapalah saya nak menghukvm dia. Aliff seorang yang sangat bijak, berilmu tinggi cuma iman dia kurang.

“Dan kepada siapa pun yang berkawan dengan Aliff sekarang, lindungi dan bantulah dia bukan sebaliknya. Adakah kita rasa puas dan hebat sekiranya apa terjadi pada Aliff?

“Nauzubillahminzalik. Kita doa yang baik-baik dan komen yang baik-baik kat IG dan Twitter dia, mana tahu dapat bantu dia. Dan semoga Aliff kembali sihat, mudah-mudahan. Semoga kuat!” ujarnya.

Aliff beri bayangan ingin kembali bersama Bella.

Aliff sebelum ini, memberi bayangan ingin kembali bersama bekas isterinya, Bella Astillah selepas mereka bercerai pada 15 Mei lalu.

Untuk rekod, Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Pelakon itu sebelum ini pernah beberapa kali kant0i cvrang sehingga Bella akhirnya nekad meneruskan kehidupan bersama anak mereka tanpa Aliff.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Aduhh macam kenal je… apa kes pulak ni? Shooting drama kot😊 . Sumber video Twitter #mstarkongsi #mstarSS

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : mStar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Aliff Bijak, Cuma Imannya Kurang” – Bella Astillah Rayu Bantu Aliff Aziz, Jangan Sorak Gembira"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*