“Aku tak malu badan bau ketiak”- Reza Hasbi jadi kontraktor kampung, ambil upah pasang siling rumah

LUAHAN pelakon Reza Hasbi yang tidak menerima tawaran berlakon hingga menjejaskan pendapatannya untuk menyara keluarga menerima pelbagai reaksi netizen.

Malah rata-rata mempertikaikan niatnya untuk meminta bantuan zakat kerana beranggapan dia seorang yang pemalas dan sekadar mahu bergantung harap kepada dunia hiburan.

Enggan membiarkan netizen terus menghinanya tanpa mengetahui situasi sebenar, Reza atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuan Habullah, 30, berkongsi mengenai pekerjaan sampingan yang dilakukan demi mencari rezeki.


Reza dedah pernah mengambil upah buat siling rumah orang.

“Aku tak malu dengan kehidupan aku seperti mereka perkatakan. Walaupun aku artis tapi aku sedar di mana aku dulunya.

“Aku maafkan mereka yang memperlekehkan kehidupan aku. Ni masa aku tak ada job sebelum puasa hari tu. Aku ambil upah buat siling rumah orang.

“Aku tak malu berpakaian seperti itu, aku tak malu badan aku bau ketiak, aku cari rezeki untuk anak isteri aku,” ujarnya.

Reza sebelum ini menerusi laporan mStar pada Jumaat mendedahkan dia berhadapan dengan situasi memeritkan apabila terpaksa meminta ihsan ibu bapa demi meneruskan kehidupan.

Menurutnya, perkara itu terjadi disebabkan lebih dua bulan dia tidak menerima mana-mana tawaran berlakon.

Reza terpaksa meminta ihsan ibu bapa untuk meneruskan kehidupan.

“Jangan disebabkan perkataan aku rasa macam nak minta zakat korang memaki hamun aku ikut sesuka hati.

“Aku maafkan dengan senang hati sebab ramai sangat yang membantu dan mendoakan aku. Sayang korang semua,” katanya.

Sebelum ini pelakon drama Dia Menantu Rahsia ini juga ada meluahkan rasa kesal terhadap pihak produksi yang menguruskannya kerana menganggap menjadi punca dia tidak mendapat sebarang tawaran berlakon.

Bagaimanapun, menurut penerbit Datuk A. Aida, dia menganggap pelakon itu tidak bersyukur dengan bantuan yang diberikan selama dua tahun ketika mengikat kontrak bersama syarikat produksinya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Aku tak malu badan bau ketiak”- Reza Hasbi jadi kontraktor kampung, ambil upah pasang siling rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*