Adik Ainul Nampak Lain, Ini Perubahan Terbaru Adik Ainul Di London. Luahan Hati Ayah Ainul Bual Ramai Sebak..

“DOKTOR kata, Ainul semakin baik hari demi hari. Alhamdulillah sekarang ni Dr nak bagi Ainul rehat dulu untuk persiapan rawatan seterusnya.

“Doakan supaya Ainul berjaya lepasi ujian seterusnya ya. Insha Allah, ramai yang mendoakan Ainul ketika ini. Ainul pasti berjaya dengan IzinNya.” ringkas status dimuat naik Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, di laman Facebook miliknya.

Status itu dimuat naik bagi memaklumkan situasi terkini anaknya Ainul Mardhiah, sembilan bulan, yang kini sedang dirawat di sebuah hospital di London.

Perkongsian berita itu dibuat Ahmad Safiuddin kira-kira 16 jam lalu.

Menerusi status itu juga, Ahmad Safiuddin meminta orang ramai mendoakan Ainul Mardhiah yang menghidap k4nser mulut Germ Cell Tumor, agar kesihatannya bertambah baik.

Ketika berangkat ke UK

Menerusi perkongsian itu, rata-rata orang ramai yang mengikuti perkembangan Ainul Mardhiah memberi komen positif dengan masing-masing mendoakan kebaikan dan kesembuhan.

Antaranya komen yang dibuat pengguna Yoi Molek Mohd Azmi, dipetik sebagai berkata, “Ainul nampak berisi sikit then muka berseri sangat, cepat-cepat sihat sayang, Ainul kene kuat tau.”

Status keadaan terkini Ainul Mardhiah itu mendapat 7,800 tanda suka, 234 komen dan 491 perkongsian.

Bagi Kak Amy Zuraidah pula, dia menyuarakan rasa untuk melawat Ainul Mardhiah sekiranya hospital merawat bayi itu berdekatan.

“Ya Allah Alhamdulillah, berseri-serinya wajah kesayangan untie ni. Kalau la London tu dekat, untie dah pergi jumpa Ainul, apakan daya jauh beribu batu. Terima kasih la pada walid Ainul yg selalu share gambar, wah tahun ni Ainul mama dan walid beraya bersama doktor Amalina ya,” kata Kak Amy Zuraidah di ruangan komen.

Ain Damiya pula mengharapkan berkat malam Lailatul Qadar bayi istimewa berkenaan akan sembuh.

“Acik doakan moga Ainul cepat sembuh dan cepat pulang ke Malaysia ya sayang. Ramai yang sayangkan Ainul,” katanya.

Melihatkan video yang dikongsi Ahmad Safiuddin, Ainul Mardhiah kelihatan selesa dan aktif memerhati sekeliling.

 

 Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : hmetro

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Adik Ainul Nampak Lain, Ini Perubahan Terbaru Adik Ainul Di London. Luahan Hati Ayah Ainul Bual Ramai Sebak.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*