6 Pantang Larang Dalam Rumah Tanggan- Ustaz Kazim Elias

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami dari barisan IslamSyurgaku92 mengharapkan agar para pembaca yang disayangi berada dalam keadaan yang baik, dimurahkan rezeki serta diberkati Allah S.W.T. Untuk perkongsian hari ini, admin ingin berkongsi tentang pantang larang dalam rumahtangga. Mesti ramai antara kalian tidak tahu kan? Ok, jangan buang masa, ayuh baca artikel ini sampai habis.

Cabaran berumah tangga sememangnya mematangkan kita. Kematangan dan cara kita berdepan dengan masalah serta bagaimana rasionalnya kita menghadapinya adalah kunci mengekalkan rumah tangga bahagia. Golongan muda yang membuat keputusan untuk melangkah ke alam perkahwinan patut dipuji. Mana tidaknya ketika usia masih muda dan masih lagi ligat dengan hal-hal duniawi, mereka sudah memegang amanah yang dijanjikan dengan Allah. Ia bukan satu keputusan mudah.

Demi menjaga keutuhan rumah tangga, apa lagi mengekalkan hubungan suami isteri hingga syurga, ada banyak perkara yang harus kita jaga. Bukan semuanya dipandang mudah. Apa perkara yang tidak harus kita lakukan dan dilarang dalam hubungan suami isteri? Pesanan Ustaz Kazim Elias ini patut kita dengar.

1. Jangan Puji Orang Luar

Jangan sesekali puji orang luar misalnya jiran tetangga atau saudara mara secara berlebihan. Ini akan buat suami atau isteri terasa diperbandingkan. Malah cara ini juga boleh menimbulkan rasa tidak senang dihati suami atau isteri. Jangan bangkitkan rasa cemburu atau kemarahan pasangan kita dengan memuji orang lain.

2. Jangan Tinggikan Suara

Jangan sesekali meninggikan suara apa lagi menjerit kepada pasangan. Kurang sopan. Tegur dan nasihatkanlah dengan nada rendah dan lembut agar tidak mengguris hati pasangan. Ingat bahawa pentingnya menjaga hati pasangan kita.

3. Jangan Abaikan Pasangan

Berusahalah untuk sentiasa menjadi pendengar yang baik buat pasangan kita. Ibaratkan seperti kawan, kita bercerita dan berkongsi segala masalah bersama pasangan. Ini buat hubungan jadi lebih baik. Jangan sesekali abaikan pasangan bila dia luahkan masalahnya. Jadilah pendengar yang terbaik.

4. Jangan Berbohong

Paling penting jangan sesekali berbohong dengan pasangan. Tiada tempat dalam syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar. Ingat tu!

5. Elakkan Jauh Dari Isteri

Jangan sesekali cuma menjauhkan diri daripada isteri. Meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab yang munasabah adalah perbuatan yang keji. Elak juga menjauhkan diri daripada isteri walaupun ketika isteri sedang haid.

6. Sentiasa Mengaku Salah

Setiap kali buat salah, mintalah maaf dan bersedialah untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sekali merasakan diri tidak sentiasa betul setiap masa. Kita pun manusia biasa!

Apa pendapat anda? Dah baca, Jangan lupa komen dan share ya! Baiklah, setakat itu dahulu perkongsian untuk hari ini. Kami mengharapkan apa yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada pembaca. Akhir sekali, kami berharap agar artikel ini dapat dikongsikan kepada orang ramai agar ilmu yang diberi juga dapat memberi manfaat kepada orang lain. Sekian terima kasih.

 

Sumber : islamsyurgaku92.com


Apa kata anda?

Be the first to comment on "6 Pantang Larang Dalam Rumah Tanggan- Ustaz Kazim Elias"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*