Zaman sekarang ni, lelaki huruf AA memang buat masalah – Nonny Nadirah

Tidak pastilah kepada siapa yang ditujukan, namun apabila pelakon Nonny Nadirah memberi pesanan kepada lelaki yang berhuruf AA, ramai yang mula berteka-teki.

Menerusi video live yang dibuat pelakon yang berasal dari Sabah itu di Instagram miliknya, Nonny bercerita panjang lebar tentang lelaki yang dikatakan membuat masalah dengan wanita yang dikatakan kawan Nonny.

“Kepada lelaki-lelaki kat luar tu, yang rasa diri dia ternakal lebih tu, yang tiada niat nak kahwin tapi just nak berkawan biasa saja, jangan bagi harapan dan jangan buat yang bukan-bukan pada perempuan tu. Ye, kita pun tahu perempuan sekarang ni jenis yang ‘d4ring’. Lagipun tiada manusia dalam dunia ni yang sempurna.

“Kita bukan nak jadi baik atau alim ulama tapi apa yang dia buat tak patut. Sampai sekarang ni, saya masih berlapik dan berkias cakap pasal orang tu tapi kau dah buat orang tu merana bro. Kita tunggu dan lihatlah macam mana sebab dia main cabar-cabar kita pula.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Black. 🦋 . Nonny X Threka ~ @threka.official . Whatsapp 📩 :60183865911

A post shared by 🦋 Nonny Nadirah 🦋 (@nonnynadirah) on

“Sebolehnya tak nak guna platfotm media sosial tapi apa motifnya saya ada kat ‘live’ sekarang ni? Kenapa? Sebabnya dia tolak untuk berbincang secara baik. Saya tak nak pun terlibat dalam masalah ni tapi apa yang dia buat tu tak patut sebab melibatkan hidup seseorang itu.

“Ye betul tak perlu nak buka a1b orang tetapi kenapa zaman sekarang ni memang lelaki yang huruf AA ni buat masalah? Kau ingat perempuan ni patung ke? Saya sedih kerana di sekeliling ada kawan-kawan kena fasa-fasa percer4ian.

“Jadi, kepada wanita di luar sana, silalah jaga diri dan bersangka baiklah dengan Allah dan kepada lelaki-lelaki pula, jangan nak merosakkan anak dara orang!

“Kalau rasa diri tu tak mampu hidup bermadu, jangan hidup bermadu ye. Aku yang jadi psiko sekarang ni. Tapi tak apalah, korang tunggulah update Ciknon malam ni. Apa yang lelaki tu buat, kena kat member aku. Waktu ‘tut’ tak ingat pula tapi bila nk minta bertanggungjawab, lari 100 meter terus!” ujar Nonny.

Sewaktu video live tersebut, ramai yang meneka ada kaitan dengan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz yang sebelum ini terpalit dengan isu cur4ng dengan Bella Astilah.

Namun ia disangkal Nonny yang terus menempel4k orang yang dimaksudkannya.

“Eh, bukan Aliff Aziz lah. Aliff tu kawan aku dan Bella pun kawan aku. Tapi ni AA yang lain dan baru tersenarai. Korang carilah sendiri. Bro, apa yang kau buat tu bro, tak gentle la. Sorry to say, tak gentle bro,” tambah Nonny. – MHE TV

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Keep on going ..🦋 . @threka.official . @lalisasecrethq

A post shared by 🦋 Nonny Nadirah 🦋 (@nonnynadirah) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : MHE

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Zaman sekarang ni, lelaki huruf AA memang buat masalah – Nonny Nadirah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*