“Ya Allah satukanlah jodoh kami” – Aliff Aziz mahu rujuk Bella semula

SELEPAS berkongsi rasa rindu terhadap anak tersayang, penyanyi Aliff Aziz membayangkan pula hasrat untuk rujuk semula dengan bekas isteri, Bella Astillah.

Aliff, 28, dalam satu perkongsian menerusi status di laman Twitter miliknya pada pagi Selasa mengharapkan Allah menyambung semula jodoh mereka selepas hampir dua minggu bercer4i.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mi camino. Mi vida. Mi hijo. 🖤 @aydenadrean17 #MrAndMrsAliffAzizJr

A post shared by Aliff Aziz (@aliffaziz91) on

“Ya Allah satukanlah jodoh kami. Seandainya dia bukan jodohku, jadikanlah aku jodohnya,” kata Aliff.

Perkongsian itu juga turut mendapat reaksi positif daripada peminat yang mengaminkan doa berkenaan.

Namun, ada juga yang menyindir ‘jodoh’ yang dimaksudkan itu bersama wanita manakah pula kerana dia sering dikaitkan dengan beberapa episod cur4ng dalam rumah tanggangnya.

Aliff dan Bella, 25, bercer4i dengan talak satu pada 16 Mei lalu.

Pada waktu ini Bella perlu menjalani tempoh edah sebanyak tiga kali suci atau lebih kurang empat bulan.

Dalam tempoh beredah ini, mana-mana pasangan bercer4i boleh rujuk semula sama ada secara lafaz lisan atau perbuatan iaitu melakukan hubungan suami-isteri.

Bella yang ditemui wartawan di luar makamah Syariah Kuala Lumpur selepas percer4iannya tidak menafikan masih ada perasaan sayang terhadap Aliff namun minta diberi ruang buat sementara waktu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Peganglah tajam pedangmu dan tinggalkan sarungnya. Kerana yang dinilai itu adalah kehebatan peribadi seseoramg dan bukanlah pakaiannya. #CintaPalingIndah #Raes #RTM

A post shared by Aliff Aziz (@aliffaziz91) on

Aliff sering dikaitkan dengan isu cur4ng selepas beberapa kali kantoi keluar bersama wanita berbeza.

Pada Jumaat lalu, Aliff berkongsi rasa rindu terhadap anaknya, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun dengan berkongsi gambar dia mencivm permata hatinya itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Ya Allah satukanlah jodoh kami” – Aliff Aziz mahu rujuk Bella semula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*