[VIDEO] “Sayangnya, Wanita Secantik Ini Dipersiakan” Video Terbaru Bella Bersama Anak ‘Usik’ Hati Netizen

Walaupun sudah reda isu berkaitan dengan rumah tangga Bella Astillah, masih ramai peminat meninggalkan komen mengenai suaminya pada ruangan komen di laman Instagram miliknya.

Bella yang sentiasa mengemaskini tentang perjalanan hidupnya di laman Instagram tersebut sentiasa dilimpahi kata-kata semangat daripada para peminatnya.

Terbaru, menerusi satu posting di Instagram, Bella memuatnaik video bersama anaknya dengan kapsyen:

“He is truly heaven-sent”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

He is truly heaven-sent🌈

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

Rata-rata netizen merasa sedih dan sebak dengan ketabahan Bella menempuhi ujian rumahtangganya.

Bukan sekali, tetapi dua kali perkara yang sama berlaku kepada dirinya dan Bella masih mampu tersenyum demi kebahagiaan anaknya.

Sebelum ini, rumahtangga Bella dan Aliff Aziz sekali lagi bergoyang angkara orang ketiga apabila suami Bella itu did4kwa cur4ng bersama perempuan lain.

Minggu sudah, dunia hiburan agak kecoh apabila isteri Aliff, Bella Astillah mendedahkan kecur4ngan suaminya bersama seorang pelakon wanita, Oktavia Manrose di menerusi Instagram.

Bella berkongsi paparan skrin perbualan bersama seorang wanita yang menjadi saksi melihat Aliff dan Oktavia di sebuah kelab malam di ibukota.

Oktavia kemudiannya tampil menjelaskan situasi dan memohon maaf atas ketegangan yang tercetus.

Perkara ini bukanlah kali pertama Aliff menimbulkan konflik dalam rumah tangganya.

Sebelum ini penyanyi lagu Sayang Sayang itu didakwa kntoi keluar bersama pelakon, Afifah Nasir, dua tahun lalu ketika Bella sedang berpantang.

Bagi yang tidak mengenali, Aliff Aziz merupakan pelakon dan penyanyi yang berasal dari Singapura.

Nama sebenarnya adalah Muhammad Aliff bin Aziz, lahir 16 Februari 1991 yang kini menetap di Malaysia.

Aliff Aziz juga merupakan artis rakaman di bawah naungan Sony Music BMG Malaysia. Pada Julai 2007, beilau telah dinobatkan selaku pemenang program realiti TV, Anugerah, di mana bakatnya terserlah ketika dalam usia 16 tahun.

Malah, pada September dalam tahun yang sama, Aliff Aziz telah mencipta album pertama dengan single hebat iaitu Cinta Arjuna yang telah menjual lebih 300,000 rakaman di seluruh Asia Tenggara.

Lagu single hit pertama beliau iaitu Sayang Sayang juga telah mencecah 1 juta dan menjadi hit terbaik sehingga kini.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : YoyNetwork

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] “Sayangnya, Wanita Secantik Ini Dipersiakan” Video Terbaru Bella Bersama Anak ‘Usik’ Hati Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*