(VIDEO) Lawak Habis! “Aliscia Kenapa Kau Berubah!!”- Achey Cuba Mengurat Pramugari, Tiba-Tiba Lain Yang Jadi

Siapa yang tak kenal dengan Achey dari kumpulan Bocey ni kan? Kalau buat persembahan, suara dia saja yang paling lantang dan nyaring. Lawak sangat! Kalau korang antara pengikut di IG Achey, mesti perasan ada saja video kelakar yang dimuatnaiknya.

Baru-baru ini KD lihat Achey sudah sampai Langkawi atas tuntutan kerjanya di Dataran Lang. Haa apa lagi, Achey pun dengan gembiranya mahu kongsi bersama peminat bahawa dia sudah sampai di negeri Kedah itu dengan memuatnaik sebuah video.

Pada awal video itu, Achey dilihat berdua bersama dengan seorang pramugari yang bernama Aliscia. Achey meminta izin kepada Aliscia untuk tangkap gambar berdua. Amboi, bukan main lagi Achey ye bini takde tu..

Tetapi, Achey minta untuk tunggu sebentar kerana ingin mengelap cermin kameranya yang kononnya kotor, tiba-tiba apabila diangkat sahaja kamera itu untuk menangkap gambar bersama Aliscia, lain orang yang bersama dengan Achey, sudah siap posing lagi!

Rupa-rupanya bini Achey yang dah bertukar dengan Aliscia! Alamak!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Aliscia kenapa kau berubah!!!!!!!… 😂😂😂😂😂… … … dah sampai dah Langkawi!!!

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Achey dan isterinya itu. Memang masuk air, muka Achey pun berubah bila nampak Aliscia bertukar jadi bini dia! Hehe..

Respon netizen

Aliscia mana? Sudah bertukar ka?

10 kali tengok, 10 kali gelak!

Eleh takut bini eh? Hahaha

Ni lawak, terbaiklah Achey!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : KisahDunia.COM / ceritadunia.org / IG Acheykintangkintung

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "(VIDEO) Lawak Habis! “Aliscia Kenapa Kau Berubah!!”- Achey Cuba Mengurat Pramugari, Tiba-Tiba Lain Yang Jadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*