“Saya Terkilan Seumur Hidup Saya Tidak Pernah Menyambut Raya Bersama Ayah”- Pengakuan Adira Suhaimi Ini Mengejutkan Orang Ramai..

Penyanyi Adira Suhaimi melahirkan rasa kesaI dan terkilan apabila mendedahkan seumur hidupnya tidak pernah menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama arwwah bapanya, Suhaimi Rajiman.

Adira berkata dia tidak pernah menyimpan dendam terhadap bapanya, cuma tidak berkesempatan meraikan bersama kerana ibu dan bapanya berpisah sejak dia masih dalam kandungan.

Tidak pernah beraya bersama

“Memang banyak perkara saya tidak sempat lakukan bersama ayah ketika dia masih hidup. Saya terkilan kerana seumur hiduap saya tidak pernah menyambut hari raya bersama.

Jadi pengajaran untuk semua

“Sejujurnya, saya berasa amat sedih dan sesal apabila dia sudah tiada, jadi carilah masa untuk dihabiskan bersama selagi ibu bapa kamu masih hidup,” katanya kepada Gempak.

Adira ditemui ketika majlis pelancaran tudung Adira X Hermanas di The Curve, Damansara semalam.

Tidak pernah jumpa anak

Bukan itu sahaja, apa yang membuatnya terkiIan bapanya tidak sempat berjumpa dengan anak-anaknya, Anggrek, 2, dan Asan, 1.

“Ayah pernah sebut nak berjumpa dengan cucu-cucunya, tetapi kejadian yang tiba-tiba menimpa arw4h memang buat saya sangat terkejut.

“Semoga ayah tenang di sana, maaf saya sangat beremosi apabila sebut mengenai perkara ini,” katanya tanpa mengulas lebih lanjut mengenai insiden pemergian arwwah bapanya.

Suhaimi, 57,meningggal dunia menghembuskan naf4snya yang terakhir di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada 21 Mac lalu.

Arwwah selamat dikebvmikan di Kampung Kinandusan, Kundasang, Sabah.

Sumber : Astrogmpak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Saya Terkilan Seumur Hidup Saya Tidak Pernah Menyambut Raya Bersama Ayah”- Pengakuan Adira Suhaimi Ini Mengejutkan Orang Ramai.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*