Sahabat Baik Dedah Niat Pengasas Dnars, Faziani Sebelum ‘Pergi’.. Ini Yang Arw4h Nak Tengok Sebelum Dijemput Ilahi..

PEMERGIAN pengasas Dnars, Faziani Rohban Ahmad seperti perumpamaan “harimau m4ti meninggalkan belang, manusia m4ati meninggalkan nama”

Pengusaha produk kecantikan itu m44ut dalam kem4l4ngan di Pattani, Thailand pada pagi Sabtu, manakala suaminya yang memandu kender4an, Ahmad Shah Rizal mengalami kecederaan pada mata kanan.

Hakikat sebenarnya Faziani bukan sahaja disenangi rakan-rakan sealiran dalam perniagaan produk kecantikan, sebaliknya arw4h terkenal sebagai seorang dermawan.

Lebih banyak sikap arw4h yang disenangi terbongkar selepas pemergiannya secara mengejvt itu.

Salah seorang rakan baiknya yang hanya dikenali sebagai Yatihara, ketika dihubungi berkongsi sikap sebenar Faziani ketika hayatnya.

Keluarga bahagia Faziani bersama suami dan anak-anak bercuti di Langkawi sebelum ini.

Menurut Yatihara yang juga ahli perniagaan produk kecantikan, arw4h seorang yang sangat pemurah dan baik hati.

“Saya berkawan dengannya lebih 20 tahun bukan sahaja sebagai rakan perniagaan, tetapi sudah seperti keluarga sendiri.

“Dia selalu datang ke rumah saya bersama anak-anaknya, singgah berborak atau makan bersama.

“Banyak sebenarnya yang dia kongsikan dengan saya mengenai niatnya. Cuma ketika itu, masing-masing seperti berborak kosong.

“Dia pernah memberitahu saya, kalau boleh sebelum ‘pergi’ nak tengok adik-beradik dan keluarga senang dan berjaya.

“Dia juga ada cakap selalu rindu kat arw4h ayahnya yang meningg4l dunia pada Ramadan 2010.

“Arwah ini seorang yang pentingkan keluarga. Saya tumpang gembira kerana hubungan mereka begitu akrab.

“Lebih jelas lagi arw4h ini tidak pernah berenggang dengan suaminya, ke mana sahaja pergi, mesti berdua,” jelasnya kepada mStar.

Wanita berusia 48 tahun ini memberitahu, sebelum Ramadan baru-baru ini arw4h telah menyerahkan sejumlah wang untuk disedekahkan kepada sekolah pondok.

“Ini bukan kali pertama dia menyerahkan wang untuk diagihkan kepada sekolah pondok, anak yatim atau orang susah.

“Memang sudah perangai dia memang suka menolong dan membantu orang yang memerlukan.

Faziani maut di tempat kem4l4ngan pukul 10.30 pagi Sabtu.

“Baru-baru ini juga dia serahkan sejumlah duit untuk membeli pakaian bagi anak-anak yatim di Dungun.

“Banyak lagi sebenarnya yang dia telah tolong. Cuma arw4h ini jenis yang tak suka menunjuk. Kalau boleh dia tidak mahu namanya disebut sebagai penderma.

“Bahkan kalau saya tunjuk bukti gambar semua duit atau barang telah didermakan, dia langsung tak mahu tengok. Selalu dia cakap ‘tak polah (tak apalah),” jelasnya kedengaran sayu.

Dalam pada itu, Yatihara memberitahu dia sempat bertemu dengan salah seorang anak arwah sebaik selesai upacara pengebvmian di Kampung Kedemit Luar semalam.

“Anak ketiga, Akif yang berusia 11 tahun agak rapat dengan saya memandangkan arw4h selalu bawa ke rumah.

“Saya ada memujuknya dan berpesan supaya jaga adik-adik yang lain,” katanya yang sedih melihat anak-anaknya sahabat baiknya yang masih terkejut dengan pemergian ibu mereka.

Malahan, dia mengakui sedih, lebih-lebih lagi apabila melihat anak bongsu arw4h, Kasih yang baru berusia enam tahun.

“Saya doakan semua akan reda dengan pemergian ibu mereka,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Sahabat Baik Dedah Niat Pengasas Dnars, Faziani Sebelum ‘Pergi’.. Ini Yang Arw4h Nak Tengok Sebelum Dijemput Ilahi.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*