“Patutlah beria nak ke sekolah bawa kuih raya” – Ibu urut dada, anak kant0i jual semula biskut premium dibelinya pada harga ‘super murah’

TERUJA menyambut hari lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi, seorang wanita membuat persiapan awal dengan membeli puluhan balang beraneka jenis biskut raya.

Namun tanpa disangka-sangka, biskut raya yang dibelinya menjadi perhatian ibu kepada rakan anak perempuannya yang ‘membongkarkan’ bahawa anaknya itu menjalankan aktiviti menjual biskut raya di sekolah.

“Anak bertuah, dia buat bisnes kat sekolah. Mak dia beli (biskut raya) RM38, dia jual RM20. Katanya, “kita kena bantu orang mummy”

“Kawan dia kata kuih tu sedap. Dia nak juallah kat kawan dia, murah-murah. Patutlah Jumaat tu beria nak ke sekolah bawa kuih raya,” katanya di laman sosial Facebook sehingga gelagat anaknya itu mengundang rasa lucu dalam kalangan rakan-rakannya.

Mesej yang mendedahkan anaknya menjual biskut raya kepada rakan di sekolah.

Gieanna Ali berkata, dia membeli berpuluh-puluh balang biskut raya bukan saja sebagai persiapan raya di rumahnya, tetapi juga berhasrat untuk diberikan kepada saudara-mara, rakan-rakan termasuk disedekahkan kepada golongan asnaf.

Bercerita lanjut, ahli perniagaan berusia 37 tahun itu mengakui ada meminta anak perempuannya, Nur Aleen Jovianna Shahriman, 8, untuk berkongsi biskut raya bersama rakan-rakannya di sekolah.

“Saya ada suruh Jovianna bawa sikit biskut tu kepada kawan-kawan mereka makan selepas waktu berbuka puasa. Memang anak saya suka kongsi dengan kawan-kawan dia.

“Tapi tak sangka pula bila ada kawan dia kata sedap, dia pergi jual pula sebalang dengan harga RM20. Amboi, pandai dia ambil biskut raya yang premium dibeli harga RM38, lepas tu pergi jual lagi murah,” katanya secara berseloroh kepada mStar.

Gieanna (kanan) bersama anaknya, Jovianna.

Tindakan anaknya menjual biskut raya secara senyap-senyap itu tidak dianggap keterlaluan, malah Gienna berbangga anaknya rajin mencari duit poket sendiri.

Walupun hanya mampu ‘urut dada’ dengan tindakan anaknya, Gieanna mendedahkan ia bukan pertama kali anak ketiganya itu berniaga secara ‘diam-diam’, tetapi ia telah dilakukannya di sekolah sejak Tahap Satu.

 

Saya tahu anak saya cuba bantu kawan-kawan dia. Budak sekolah kan, manalah nak pegang duit banyak-banyak, lagipun ada antara kawannya daripada keluarga asnaf.

GIEANNA

“Jovianna ni memang suka berniaga. Malah, dari umur dua tahun dia ikut saya ke butik dan menjalankan bisnes. Dari situ dapat lihat minat dia untuk berniaga.

“Ada saja barang kat rumah dia bawa ke sekolah untuk dijual kepada kawan-kawan. Dari alat tulis, beg sampai tudung pun dijual dengan harga lebih murah,” katanya.

Jovianna menunjukkan minat berniaga sejak dari Tahap Satu.

Mengenai biskut raya yang dijual anaknya itu, Gieanna mengakui cara tersebut salah kerana menjual pada harga yang jauh lebih daripada nilai belian.

“Saya tahu anak saya cuba bantu kawan-kawan dia. Budak sekolah kan, manalah nak pegang duit banyak-banyak, lagipun ada antara kawannya daripada keluarga asnaf,” katanya.

Di atas keprihatinan itu, ahli perniagaan itu menjemput kawan-kawan anaknya untuk datang ke rumah bagi mempelajari cara membuat biskut raya sempena cuti sekolah, dan perkara itu dimaklumkan kepada ibu kawan-kawan anaknya.

Jovianna rajin membantu menyiapkan biskut raya.

“Ada kira-kira 12 rakan sekelas Jovianna yang bersetuju untuk datang. Aktiviti ni bukan sahaja mengajar mereka untuk membuat biskut raya untuk beberapa jenis, tetapi setiap daripada mereka nanti akan membawa pulang beberapa balang biskut raya ke rumah.

“Saya pun ada melatih anak saya untuk membuat biskut raya. Saya mewarisi kemahiran membuat biskut daripada arwah ibu yang berniaga cookies sebelum ni. 

“Saya beritahu Jovianna bila dah pandai, bolehlah jual. Tapi kena berniaga dengan bijak, bukan jual lagi murah daripada harga yang dibeli,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Patutlah beria nak ke sekolah bawa kuih raya” – Ibu urut dada, anak kant0i jual semula biskut premium dibelinya pada harga ‘super murah’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*