“Nasib Baik Ada Suami Muka Tak Malu,” – Naik Motor Bertiga Elak Jalan Sesak, Netizen Puji DS Shahida

Berkongsi rakaman sewaktu berada di atas motosikal, Datin Seri Shahida dilihat sedang membonceng motor seorang lelaki berbangsa Cina bersama suami, Datuk Seri Aliff Syukri.

Tulisnya, disebabkan keadaan untuk ke bazar jualan terlalu sesak, Aliff telah menahan sebuah motosikal dan meminta bantuan lelaki berkenaan menghantar mereka ke lokasi.

Saya sangkut kat jalan jem nak ke mood republic di mitec. .. dah keluar awal tapi dia punya jem x boleh bawa bincang…. tiba2 si syukri ni slumber dia keluar tahan satu motor tgh jalan…

“Bincang2 punya bincang dia panggil saya keluar sueuh naik motor bertiga….. nasib baik ada suami muka x malu @aliffsyukriterlajaklaris tahan motor abg berbangsa cina yg baik hati hantarkan kami berdua sampai depan pintu mitec….. apapun sambutan mood republic malam tadi mmg havoc!!!” tulisnya.

Keletah kedua-dua pasangan popular ini cukup menghiburkan netizen.

Netizen turut menasihati wanita ini agar menjaga kandungan.

Namun, ada yang mempersoalkan tindakan Aliff yang dilihat melanggar undang-undang jalan raya.

Detik spontan begini memang cukup manis dan menguatkan lagi hubungan suami isteri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber:  Instagram Shahida via MediaHiburan

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Nasib Baik Ada Suami Muka Tak Malu,” – Naik Motor Bertiga Elak Jalan Sesak, Netizen Puji DS Shahida"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*