[GAMBAR] “Cantik Seyh Awek Tu!” – Anak Teruna Sheila Rusly Payung Gambar Throwback, Ramai Tak Sangka!

(Sila skrol ke bawah untuk melihat gambar teman wanita Luth Mikhail)

Sheila Rusly (lahir 18 September 1971) merupakan pelawak, pelakon, pengacara dan penerbit Malaysia yang popular dan pernah merangkul pelbagai anugerah, memiliki darah campuran Melayu dan Cina, beliau mula bergiat aktif di persada seni sejak 1986 ketika berusia 16 tahun.

Ketika awal kemunculan beliau, Sheila banyak berlakon di bawah arahan pelawak terkenal AR Badul. Bakat komedinya dicungkil AR Badul hingga menjadi pelawak wanita paling popular di Malaysia.

Anak Teruna Sheila Rusly :

Biarpun telah lama berlakon, populariti Sheila mula mendadak naik setelah muncul dalam trilogi Enot pada tahun 2002. Lakonan beliau yang bersahaja meletakkan beliau sebagai salah seorang aktres komedi paling berpengaruh. Sheila juga dikatakan sebagai pelawak wanita pertama Malaysia yang berjaya menjadi penghias kulit depan majalah fesyen.

Biarpun kesemua filem lakonan beliau bergenre komedi, Sheila juga aktif di kaca TV menerusi watak drama. Antara lakonan beliau yang disebut-sebut adalah menerusi watak banduan wanita dalam drama Sebuah Ijtihad dan Cinta Si Penggali Kubur (wanita rosak akhlak).

Di layar perak, Sheila diingati menerusi watak komedinya dalam filem MX3 yang menggandingkan beliau dengan pelawak Saiful Apek. Gandingan Sheila dan Saiful meledakkan panggung dan dikenang sebagai pasangan pelawak paling hebat dalam filem Melayu. Menerusi filem tersebut juga Sheila merangkul anugerah Pelakon Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-17. Manakala menerusi filem Pontianak Menjerit (2005), beliau menerima nominasi sebagai Pelakon Wanita Terbaik Dalam Watak Pembantu di Festival Filem Malaysia ke-18. Sheila juga mencuri tumpuan apabila bergandingan bersama Afdlin Shauki dalam filem Diva Popular.

Sheila kini aktif sebagai penerbit dan banyak menerbitkan drama-drama bermutu untuk siaran televisyen tempatan. Menerusi drama Sebuah Ijtihad, produksi Sheila berjaya merangkul anugerah Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2007.

Semalam, salah seorang anak teruna kepada pelakon dan penerbit drama, Sheila Rusly, Luth Mikhail ada memuat naik foto bersama teman wanitanya menerusi Instagram.

Menerusi foto throwback itu, ramai yang kagum dengan hubungan akrab keduanya dari dulu hingga kini.

Malah tak kurang yang memberi dedikasi ucapan tahniah serta menyataan akan perbezaan wajah yang ketara terhadap keduanya dulu dan kini.

Lawa kan?

Pada masa sama, ramai juga yang memuji gadis berkenaan yang dianggap cantik dan sepadan.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : RimbaBara

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "[GAMBAR] “Cantik Seyh Awek Tu!” – Anak Teruna Sheila Rusly Payung Gambar Throwback, Ramai Tak Sangka!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*