Doa Untuk Sang Musafir Dan Orang Yang Ditinggalkan

Soalan:
Saya ada dengar orang yang hendak bermusafir berdoa kepada orang yang ditinggalkan. Begitu juga orang yang ditinggalkan berdoa untuk orang bermusafir. Benarkah begitu?

Jawapan:
Mengikut satu pandangan fuqaha’ bahawa musafir bermaksud seseorang yang melakukan perjalanan jauh melebihi 2 marhalah atau 81 kilometer.

Doa Orang Musafir kepada Orang yang Ditinggalkan

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أَرَادَ أنْ يُسافِرَ فَلْيَقُلْ لِمَنْ يُخَلِّفُ: أَسْتَوْدِعُكُمُ اللَّهَ الَّذي لا تَضِيعُ وَدَائِعُهُ
“Sesiapa yang ingin pergi, hendaklah dia mendoakan orang yang dia tinggalkan, (أَسْتَوْدِعُكُمُ اللَّهَ الَّذي لا تَضِيعُ وَدَائِعُهُ) Aku mengamanahkan kamu kepada Allah yang tidak pernah hilang simpanan-Nya.” [Riwayat Ahmad (8494), al-Nasa’ie (9903) dan Ibn Majah (2819)]

Syeikh Sa’id al-Qahtani berkata: “Hendaklah orang bermusafir berdoa untuk kaum keluarga dan orang yang dikasihinya, ‘Semoga Allah menjaga kamu dan aku jadikan kamu dalam hifzillah (pemeliharaan Allah) dan ri’ayah-Nya’.” (Lihat Syarh Hisn al-Muslim min Azkar al-Kitab wa al-Sunnah, hlm. 239)

Abu Hurairah R.A turut meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إذا أرَاد أحَدُكُم سَفَراً فَلْيُوَدّعْ إخْوَانَهُ، فإنَّ اللَّهَ تَعالى جاعِلٌ فِي دُعائِهِمْ خَيْراً
“Apabila salah seorang kamu akan pergi, maka hendaklah dia mendoakan saudara-saudaranya yang akan ditinggalkan. Kerana sesungguhnya Allah SWT menjadikan kebaikan dalam doa mereka.” [Riwayat -Tabarani dalam al-Awsat (2926) dan Abu Ya’la dalam Musnadnya (6647)]

Doa Kepada Orang Bermusafir

Dalam sebuah hadis sahih, diceritakan bahawa apabila ada seseorang yang hendak berjalan jauh, Ibnu Umar R.Anhuma berkata kepada orang tersebut:

ادْنُ مِنِّي أُوَدِّعْكَ كَمَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوَدِّعُنَا فَيَقُولُ : أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ
“Dekatlah kepadaku, akan aku doakan engkau, sebagaimana Rasulullah SAW mendoakan kami jika kami akan pergi.” Lalu Ibn Umar berkata:

أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ
“Aku doakan agar Allah memelihara agamamu, amanahmu dan penutup-penutup amalmu kepada-Nya.” [Riwayat al-Nasa’ie (8806) dan al-Tirmizi (3443)]

Dalam hadis yang lain, Abu Hurairah R.A menyebut:

أَنَّ رَجُلاً قَالَ : يَا رَسُولَ اللهِ ، إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُسَافِرَ فَأَوْصِنِي ، قَالَ : عَلَيْكَ بِتَقْوَى اللهِ ، وَالتَّكْبِيرِ عَلَى كُلِّ شَرَفٍ ، فَلَمَّا أَنْ وَلَّى الرَّجُلُ ، قَالَ : اللَّهُمَّ اطْوِ لَهُ الأَرْضَ ، وَهَوِّنْ عَلَيْهِ السَّفَرَ.
Bahawasanya ada seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku hendak berjalan jauh. Maka berilah wasiat kepadaku.” Baginda bersabda: “Engkau hendaklah bertakwa kepada Allah dan bertakbir ketika menaiki di tempat yang tinggi.” Kemudian ketika orang itu ingin pergi, Baginda SAW berdoa untuknya:

اللَّهُمَّ اطْوِ لَهُ الأَرْضَ ، وَهَوِّنْ عَلَيْهِ السَّفَرَ
“Ya Allah, dekatkanlah jarak yang jauh baginya, dan mudahkanlah perjalanannya.” [Riwayat al-Tirmidzi (3445)]

Syeikh al-Mubarakfuri berkata: “Pesanan supaya bertakwa kepada Allah, supaya sentiasa takut dan berawasan dari melakukan maks1at kepada-Nya, sedangkan perintah untuk bertakbir pada tempat yang tinggi kerana sifat ketinggian disukai oleh n4fsu yang boleh merasakan tak4bbur lantas diperintahkan orang yang terkeliru dengan hal ini agar diperingatkan dengan kebesaran Allah. Di samping itu, ia melahirkan kesyukuran kepada-Nya dan akan mendapat lebih banyak kurniaan Tuhan. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 9/406)

Semoga Allah SWT menjadikan kita sentiasa mengamalkan sunnah Nabi-Nya SAW sebagai salah satu tanda menzahirkan rasa cintanya kita kepada Rasulullah SAW dalam kehidupan kita. Amin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Oh Media

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Doa Untuk Sang Musafir Dan Orang Yang Ditinggalkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*