Dalam Diam2 Zulin Umum Dah Kahwin?

Pelakon Zulin Aziz berkongsi satu foto sedang ditatarias oleh seorang jurusolek bersempena dengan hari bersejarahnya.

Malah kapsyen Zulin juga seakan-akan memberikan petunjuk sesuatu perkara yang baik bakal berlaku pada dirinya.

Perkara itu dikongsi Zulin menerusi entri terbaru di akaun Instagram (IG) miliknya hari ini.

“Terima mak @kasihcicie makeupkan dihari bersejarah saya… Suami tak bagi tunjuk muka. Dia kata minta doakan je yang baik-baik,” tulisnya

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terima kasih mak @kasihcicie makeupkan dihari bersejarah saya. . Suami tak bagi tunjuk muka.Dia kata minta doakan je yg baik2 ❤️

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, tidak semua pengikut IGnya teruja dengan perkara itu malah ada juga yang berpendapat perkongsian itu hanyalah sekadar gimik sekali lagi.

“Gimik lagi…? So lame,” komen @xydx88 ringkas.

“Adakah ini benar atau gimik lagi?” tulis @fizazmr

“Takut gimik je, susah lah nak percaya. Yang baik dorang tak akan fikir… Selalu fikiran negatif je,” luah @ctshamsida_sabki

Bagaimanapun, ada juga pengikut yang mendoakan kebahagiaan Zulin.

“So traditional. Kalau betul apa salahnya kan. Amin kan jer,” komen @zuraa.abdhalim

“Sama ada betul atau tidak doa yang baik-baik je untuk kak Zulin,” tulis @nurulashikin98_

Sebelum ini juga Zulin pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon Ahya Rosli.

Terdahulu, Zulin pernah mendedahkan perkahwinannya terpaksa dibatalkan di saat akhir kerana hubungannya dengan seorang jejaka gagal dan putus di tengan jalan sekitar Oktober 2018.

Artikel Berkaitan : “Orang Ingat Aku Buat Gimik” – Bakal Suami ‘Hilang’ Sebelum Majlis, Ini Pendedahan Sebenar Zulin Aziz!

Pengumuman Zulin Aziz tentang pembatalan majlis perkahwinannya pada bulan 10 membuatkan satu Malaysia menjadi kecoh dan tertanya-tanya akan punca kepada keadaan itu. Melalui kapsyen panjang yang ditulisnya sebelum ini, Zulin cuma memberitahu bahawa jodoh mereka tidak panjang dan tidak mengulas langsung tentang sebabnya.

Baru-baru ini, penyanyi tersebut telah menyelar sikap sesetengah netizen yang meganggap apa yang menimpa hidupnya hanyalah gimik semata-mata untuk menghasilkan lagu Dan Ketika Itu hasil ciptaannya.

Merasakan tuduhan tersebut adalah tidak benar, Zulin akhirnya menjelaskan perkara sebenar di sebalik penghasilan lagu tersebut melalui IG Story miliknya.

Belum start shoot dah bagitau.. tetap juga kata gimik

Headline pun mengundang

Aku ni dahlah teraniaya, korang naya lagi

Zulin memberitahu bahawa lagu tersebut pada awalnya diciptakan buat lelaki yang bakal menjadi suaminya. Namun, perancangan tersebut gagal apabila kekasihnya tidak dapat dihubungi tanpa sebab.

Dalam pada ingin menjelaskan tentang jalan cerita yang berlaku sepanjang penghasilan lagu itu, Zulin Aziz turut mendedahkan kronologi sebenar yang berlaku semasa lelaki tersebut hilang sehingga membuatkan majlis yang sudah dirancang terpaksa dibatalkan.

Dalam proses lagu tu.. kami bahagia je

Kami ada masalah komunikasi.. bergaduh kecil

Aku rasa dia ada masalah kot.. seminggu jugak tggu

Lirik macam tu sbb.. lepas tahajjud.. ajak kawen

Hubungan tu tergantung.. lelaki tu tak dpt dihubungi

Lirik lagu yang sudah ditukar

Tak kuat nak bagitahu dorang mamat tu hilang

 

Aku diet.. sampai nak pengsan tak makan

Dia hilang.. teruskan kuruskan badan.. lagu pun siap

Biarlah jadi kenangan.. pernah kene game

Org ingat aku buat gimik

Haritu aku sgt2 down.. tak tau nak ckp mcm mana

Aku nangis dlm bilik sorang2.. buat2 happy

Terhasillah MV.. biar kat Youtube jadi kenangan

Oleh kerana lagu tersebut sudah siap pada saat lelaki itu hilang, Zulin akhirnya membuat keputusan untuk menukar lirik lagu itu dan meneruskan proses penghasilannya setelah dinasihat rakan-rakan. Dia memutuskan untuk meletakkan muzik video Dan Ketika Itu ke dalam Youtube untuk dijadikan sebagai kenangan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Foto: Instagram @zulinaziz

Sumber  : Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Dalam Diam2 Zulin Umum Dah Kahwin?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*