“Cakap Nak Meminang Tapi Tiada…” – Erra

Hubungan rapat antara pelakon dan penyanyi cantik, Erra Fazira dan bekas pelajar AF 8, Shahir bukanlah lagi satu cerita baru. Bagaikan tidak berkesudahan kisah di antara mereka.

Biarpun sebelum ini, Shahir sudah beberapa kali meluahkan hasratnya untuk menghantar rombongan meminang, namun Erra memberitahu dia tidak pasti tentang status hubungan mereka. Ujarnya lagi, dia juga sudah lama tidak berjumpa dan hanya berkomunikasi melalui telefon sahaja.

“Kami tidak berg4duh pun, cuma memang sudah agak lama kami tidak berjumpa dan sekadar bertanya khabar menerusi telefon. Sukar untuk saya katakan mengenai kedudukan saya sekarang. ‘Menang’ atau ‘gagal’ susah hendak saya cakap.

“Pada saya apabila dia bersuara mengenai soal perkahwinan ia sedikit sebanyak memberi impak bukan sahaja kepada diri saya tetapi orang sekeliling seperti keluarga dan teman. Jadi rasanya lebih baik jangan bersuara perkara yang kita sendiri tidak tahu apa pengakhirannya,” kepada mStar Online.

Menurut Erra, dia tidak mahu lagi memikirkan tentang hal tersebut dan menyerahkan soal jodoh mengikut apa yang telah diaturkan oleh Tuhan untuknya.

“Pada saya senang, buat apa hendak membeli bahan apabila tapak yang dibina pun belum kukuh. Hakikatnya yang nyata biarlah saya ikut sahaja apa telah diaturkan oleh Allah buat saya,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillahhhh dapat jumpa kawan2, sebahagian ahli keluarga BE yg dtg support and penonton2 PE2 di Pavi semalam.. thk you semua yg datang!! I love you deep deep dr lubuk hati paling dalam.. 😘😘😘 . . Kepada semua.. jgn lupa tonton PE2 di panggung bdekatan ya.. semoga terus sokong filem tempatan utk membolehkan kita terus bkarya dgn hebat di masa akan datang.. . Seluruh tenaga dan usaha telah dilakukan dgn terbaik oleh mereka yg teribat dlm filem ini.. moga pengorbanan mereka kita hargai dgn menonton karya mereka di layar panggung. No tonton cara haram k.. 😘😘😘

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : Rotikaya

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Cakap Nak Meminang Tapi Tiada…” – Erra"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*