“Bawa Penari Satu Bas Macam Kak Ani” – Peminat Puji Lagu Raya Hael Fresh, Lucu & Cute!

 

Penyanyi Hael Husaini akhirnya melancarkan muzik video berserta lagu terbaharu sempena sambutan Aidilfitri berjudul Bersyukur Seadanya.

Lagu ciptaan Hael dan Ezra Kong itu sebelum ini dimuat naik secara teaser di laman sosial Instagram Hael sendiri.

“Dah keluar dah MV ajak satu kampung boleh bergiyang ramai-ramai walaupun kongkang,” tulis Hael.

Video muzik yang memaparkan konsep unik dengan 10 penari lelaki dan menggunakan props ikonik sempena Syawal itu menarik perhatian ramai.

Baju Melayu, samping, ayam, kain pelikat, beg beli belah, angpau dan lemang antara item yang ditonjolkan secara tersendiri dalam muzik video itu.

Malah, menambah seri Hael turut menari bersama kesepuluh penari dalam gaya yang memikat hati.

Pujian demi pujian diberikan untuk muzik yang segar dan muzik video yang menghiburkan itu.

“MV lagu Hael kali ni lain mcm jerr tapi best lah!!  Lawak pun ada..hahaha. Keep your career HAEL! GOODJOB HAEL!!” puji Aisyah Ayuni.

“Best sangat konsep video lagu Raya macam ni..so modern and refreshing to see..tak ada orang main bunga api, lampu kelip-kelip, lampu pelita, orang bersalam, orang mkn kuih,” tulis pengguna lain.

“Hael kalau tak buat lain dari yang lain memang bukan hael la.. betul tak? MV gempak seyh… lagu apa lagi best giler.. rasa nak raya terus nih,” sahut pengguna lain.

“Sumpah fall in love dengan lagu raya Hael Husaini ni #bersyukurseadanya…raya nanti boleh la buat dance challenge ni satu family,” tambah Nazira Razak.

Muzik video Bersyukur Seadanya yang dimuat naik di platform YouTube sejak malam tadi itu mendapat lebih 30,000 tontonan setakat ini.

 

 Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Instagram Hael Husaini via Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Bawa Penari Satu Bas Macam Kak Ani” – Peminat Puji Lagu Raya Hael Fresh, Lucu & Cute!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*