Anti Social Sangat, Duk Dekat2 Pun Nak Sms. Ayu Raudhah Kongsi Gambar Ni, Sekali Che Ta Yang Komen. Haruu

Dalam keributan kisah kontr0versi sebuah video yang tersebar yang did4kwa suami beliau, rupanya terselit sebuah gambar di Instagram Ayu Raudhah yang menarik perhatian netizen.

Gambar tersebut yang di kongsi oleh Ayu Raudhah menunjukkan dua orang biras Che Ta dan seorang anak lelaki Che Ta sedang berdiri di halaman rumah sambil memegang handphone masing-masing.

Sementara seorang anak lelaki Che Ta berdiri agak jauh, kelihatan seperti sedang memegang rok0k dan melihat handphone.

Apa yang menarik adalah, entri Ayu itu telah mendapat reaksi dari kakaknya sendiri iaitu Che Ta yang membuat komen yang pendek namum cukup menggelikan hati, hahaha.

” @ayuraudhah_7 anti social or terlalu romantik .. duk dkt2 pun nk sms”,

Anti social or terlalu romantik, duduk dekat-dekat pun nak sms!, komen Che Ta yang mendapat reaksi netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat mereka adik-beradik.

” Antisosial sangat . Hehehe btw i love you kakak cantik @ayuraudhah_7″ komen netizen bernama Hazwanidesa

” Lelaki dgn hp berpisah tiada. Isteri pertama seorang lelaki..hahahahhaha” tulis netizen menggunakan id Rachel

” Xde modal nak sembang” gurau seorang netizen menggunakan id rosez

Rasanya semua sedia maklum adik-beradik Rozita Che Wan semuanya lawa-lawa. Bukan hanya Ayu Raudhah tapi adik beradiknya lain juga tidak kurang cantik dan menawan.

Che Ta dan Zain Saidin

Dengan sekali lafaz, pelakon, Rozita Che Wan, 40, sah menjadi isteri kepada pelakon, Zain Saidin, 29, di majlis akad nikah yang diadakan di Setia City Convention Centre, pada jam 9.05 malam tadi.

Pasangan selebriti itu dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Aluwi Parman berwakilkan wali oleh adik kepada pengantin perempuan, Roshidi Che Wan. Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta menerima mas kahwin sebanyak RM 9,300 dan wang hantaran RM 23,000 daripada pelakon drama Oh My English itu.

Zain kemudian menyarungkan cincin ke jari manis Che Ta untuk sesi membatalkan air sembahyang. Zain Saidin dan Che Ta turut bertukar-tukar hantaran dengan jumlah dulang yang sama iaitu sembilan.

Zain menyerahkan 9 dulang hantaran berupa 3 biji tas tangan berjenama, 5 pasang kasut, manisan cokelat, wangian, kain pasang, tepak sireh, cek hantaran , telefon bimbit dan al-Quran bersama sejadah.

Pasangan Che Ta dan Zain telah dikurniakan cahaya mata perempuan yang super cantik, Aaisyah Dhia Rana.

Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha

Sementara adik Che Ta pula, aktres Ayu Raudhah,26, akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan ( kini Kuala Lumpur), Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, Jumaat.

Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 3.45 petang oleh imam masjid tersebut, Mustafa Kamil Abdul Jamil yang mewakili walikan pihak perempuan iaitu abang Ayu, Roshidi Abu Bakar @ Che Wan.

Pasangan Zaquan dan Ayu Raudhah kini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser,5, Muhammad Aisy Aryann, 4, dan Laura Zulaykha, 1 tahun.

Rubytah dan Lan Pet Pet

Umum sedai maklum isteri kepada pelawak popular Lan Pet Pet, merupakan adik kepada pelakon cantik, Rozita Che Wan. Dia bukanlah seorang yang terkenal seperti kakak dan adiknya Ayu Raudhah, namun wajahnya saling tak tumpah jelita seperti Che Ta dan Ayu. Sangat cantik persis anak dara.

Rubytah Abu Bakar @ Che Wan atau dikenali Ruby Che Wan dan Lan mengenali sejak di bangku sekolah lagi iaitu ketika aktif dalam sukan berbasikal. Ruby ketika itu berumur 17 tahun belajar di Sekolah Menengah Tun Sharifah Rodziah, Jalan Kuala Kedah, manakala Lan menuntut di Sekolah Menengah Darul Aman, Alor Star, Kedah.

Lan telah berkahwin pada tahun 20 Ogos 2008 dengan Ruby Che Wan dan kini mempunyai 3 orang cahaya mata.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : IG Ayu Raudhah via Newscoviral

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Anti Social Sangat, Duk Dekat2 Pun Nak Sms. Ayu Raudhah Kongsi Gambar Ni, Sekali Che Ta Yang Komen. Haruu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*