Amaris angkat kaki, tak mahu dikaitkan dengan Vida lagi

PELAKON Putra Amaris menegaskan dia kini sudah tidak mempunyai sebarang kaitan dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman.

Menurut Amaris atau nama sebenarnya Muhammad Amran Ismail, penjelasan itu perlu dibuat bagi membersihkan namanya daripada terus ‘digam’ stesen televisyen ekoran mempunyai hubungan baik dengan usahawan itu.

“Hubungan rapat saya hamba Allah tersebut sudah lama berakhir, saya tidak mahu lagi dikaitkan dengannya. Beberapa isu yang terpalit terhadapnya turut memberi kesan tidak baik kepada saya malah kehidupan saya juga diganggu beberapa individu tidak dikenali yang menyangka saya merupakan penolong peribadinya.

Amaris pernah menimbulkan tanda tanya apabila ‘mendampingi’ seorang jutawan kosmetik terkenal.

“Sejujurnya saya diberitahu oleh beberapa penerbit drama yang nama saya ‘ditendang’ dalam senarai barisan pelakon kerana dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan beliau.

“Ia sedikit sebanyak menganggu periuk nasi saya sebagai seorang pelakon. Malah saya sedang merancang untuk mengadakan satu sidang media khas dalam masa terdekat,” kata Amaris kepada mStar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tengok Kulit muka saya.. Penangan Serum Cloroc.. Foundations Cloroc . . Apa mahu cerita? Bibir saya ada cerita nak.cerita tu . . . @clorocskincare_hq

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Amaris mengakui bekerjasama rapat dengan Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.

Selain kerap memuat naik foto bersama di media sosial, Amaris turut membantu perniagaan Vida dalam menguruskan hal pemasaran.

Dalam pada itu, pelakon drama Iktibar ini berkata dia kini lebih terbuka untuk berkongsi kehidupan peribadinya berbanding sebelum mempunyai cahaya mata.

Amaris akui kini selesa ‘tayang’  kisah keluarga di media sosial.

“Saya akui sebelum ini lebih suka menyendiri dan enggan berkongsi kehidupan peribadi di media sosial. Namun ia mula hilang selepas bergelar bapa sejak enam bulan lalu.

“Saya yakin ini adalah rezeki daripada Allah yang perlu dikongsi bersama para peminat. Sejujurnya saya teruja dengan kurniaan ini,” tambah Amaris.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Amaris angkat kaki, tak mahu dikaitkan dengan Vida lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*