Amalan Untuk 10 Malam Terakhir Ramadhan

BERSUNGGUH-SUNGGUHLAH BERAMAL PADA 10 HARI AKHIR RAMADHAN (العشر الأواخر من رمضان)

Beberapa cadangan amalan yang boleh dilakukan khususnya sepanjang 10 hari akhir Ramadhan :

Tunaikan Solat Fardhu pada awal waktu dan secara berjemaah.

Solat pada awal waktu adalah lebih afdal sekiranya tiada maslahat-maslahat lain yang ingin dicapai seperti ingin meramaikan jemaah bagi solat subuh, memperbanyakkan solat sunat sebelum solat Asar, membolehkan qiamullail sebaik selepas solat Isyak dan menunggu sejuk bahang matahari sebelum solat Zuhur.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Solat pada awal waktu, dari awalnya mendapat keredaan Allah dan di akhirnya mendapat keampunan Allah.” (Riwayat al-Tirmizi)

Laksanakan Solat Tarawih dan Qiyamullail pada setiap malam.

Dianjurkan menghidupkannya malam-malam Ramadan dengan qiyamul lail, shalat dan beribadah, serta mengkhususkan sepuluh malam terakhir dengan menambah ibadah dengan bersungguh-sungguh, memohon ampunan dan rahmat, serta mencari Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan.

Shalat Taraweh termasuk bagian dari qiyamul lail. Dinamakan Taraweh karena di antara rakaatnya diselingi sedikit istirahat. Karenanya, masalah ini luas, seseorang dibolehkan shalat waktu malam dengan jumlah rakaat yang dia kehendaki, dan di waktu malam kapan saja. Dalam kita Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyah, 34/123, dijelaskan, “Tidak ada perbedaan di antara (kalangan) para ahli fiqih bahwa qiyamul lail Ramadan adalah sunnah. Berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam :

ومن قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

”Barangsiapa berdiri (menunaikan shalat) di bulan Ramadan dengan iman dan mengharap pahala, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.”

Bersedekah walaupun RM 1 pada setiap malam.

Sedekah bulan Ramadhan menjadi kegiatan yang paling tepat dilakukan untuk mengumpulkan pahala sebanyak-banyaknya. Sebab memang sudah dijanjikan bahwa salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah.

Membaca al-Quran walaupun satu muka surat setiap malam.

Cara Khatam Al Quran

Apabila tiba bulan Ramadhan, kita semua digalakkan membaca Al Quran, setakat mana yang termampu. Sesiapa yang berkemampuan untuk khatam, itu lebih baik.

Kiraannya begini:

Untuk khatam 1 kali:

Cuma perlu baca 20 muka surat sehari

  • Subuh = 4 muka surat
  • Zohor = 4 muka surat
  • Asar = 4 muka surat
  • Maghrib = 4 muka surat
  • Isyak = 4 muka surat

Untuk khatam 2 kali:

Cuma perlu baca 45 muka surat sehari

  • Subuh = 9 muka surat
  • Zohor = 9 muka surat
  • Asar = 9 muka surat
  • Maghrib = 9 muka surat
  • Isyak = 9 muka surat

Untuk khatam 3 kali:

Cuma perlu baca 60 muka surat sehari

  • Subuh = 12 muka surat
  • Zohor = 12 muka surat
  • Asar = 12 muka surat
  • Maghrib = 12 muka surat
  • Isyak = 12 muka surat

Untuk khatam 4 kali:

Cuma perlu baca 90 muka surat sehari

  • Subuh = 18 muka surat
  • Zohor = 18 muka surat
  • Asar = 18 muka surat
  • Maghrib = 18 muka surat
  • Isyak = 18 muka surat

Berbuat baik dan banyakkan khidmat bakti kepada ibu bapa, isteri/suami dan anak-anak.

Islam mengajar agar anak-anak menghormati ibu bapa dan menghargai pengorb4nan mereka. Perintah ini banyak dimuatkan dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa perkara ini amat penting.

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa…” (al-Ahqaf, 46: 15)

Banyakkan berzikir, beristighfar dan berdoa.

Dalam sebuah lagi riwayat; Sebaik tiba bulan Ramadhan, Rasulullah ﷺbersabda: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadhan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi).

Ibadat puasa Ramadhan dianggap sebagai bulan latihan dan ujian daripada Allah سبحانه وتعالى. Ia melatih kita dalam persoalan ketaatan, kesabaran dan kesungguhan kita mengisi dan memenuhi segenap waktu dengan berzikir dan beramal ibadah kepada Allah سبحانه وتعالى.

Akhir sekali dalam ayat 35, surah Al-Ahzaab, Allah سبحانه وتعالى berfirman;

وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّـهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّـهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا ﴿٣٥﴾

“Dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.”

Banyakkan berdoa semoga Allah menerima segala amal ibadah yang telah dilakukan.

Nabi SAW bersabda:

“Ketika sedang berbuka, seseorang yang berpuasa memiliki satu doa yang tidak akan ditolak oleh Allah.” Maka jangan lepaskan peluang ini berdoalah kepada Allah.

Hindarkan diri daripada sifat riya’, ‘ujub, sum’ah dan takabbur dengan amalan yang telah dilakukan.

Jangan biarkan pahala ibadah-ibadah yang telah sulit kita kumpulkan hilang tanpa arti dan berbuah keburukkan lantaran masih ada riya di hati kita. Allah SWT mengingatkan dalam firmannya:

“Janganlah kalian menghilangkan pahala shadaqah kalian dengan menyebut-nyebutnya atau menyakiti (perasaan si penerima) seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia dan dia tidak berimana kepada Allah dan hari kemudian.” (Al-Baqarah: 264)

“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat, yaitu orang-orang yang lalai dari shalatnya, yang berbuat karena riya” (Al Maa’uun 4-6) B. SUM’AH

 

Selamat Beramal.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : MajalahIlmu

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Amalan Untuk 10 Malam Terakhir Ramadhan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*