Alif Satar Pegang Janji , Buat Pertama Kali Michael Ang Bakal Tunai Solat Jumaat Bersama Esok!

Pejam celik,pejam celik, bulan Ramadan sudah semakin hampir dengan kita.

Malah, pengarah popular, Michael Ang yang juga merupakan saudara baru Islam telah  mendedahkan dirinya bahawa sudah memeluk agama Islam lebih setahun lalu.

“Sebelum saya peluk Islam, saya tak terlintas pun nak puasa dan tak ada niat langsung nak puasa. Sebab saya tengok kawan-kawan di set pengambaran seperti ‘menyeksa’ diri tak makan, tak minum dan nampak mereka macam penat,” kata Michael kepada MH.

Mula mengucap dua kalimah syadah pada Februari tahun lalu, Michael menyedari bahawa keberkatan puasa memberi 1001 kelebihan.

“Tapi bila saya mendalami Islam, rupanya ada sebab kenapa Allah suruh umatNya berpuasa. Banyak sangat kelebihan sebenarnya..

“Puasa pertama tahun lepas tak ada istilah seksa ke apa. Cumanya, saya seorang perokok. Saya jenis yang makan sekali, minum pun boleh tahan lagi, berapa jam je kan.. Saya okay lagi.  Tapi merokok tu lah,” jelas Michael.

Michael ketika ditemui ditemui di Majlis Tayangan Ramadhan Astro di Astro All Asia Broadcast Center, Bukit Jalil pada Selasa mahu Ramadan kali ini memberi 1001 makna baginya yang bergelar Muaalaf.

“Semoga tahun ni akan memberi lebih makna bila berbuka puasa, saya boleh jadi sendiri, tak perlu nak sorok lagi.

Lebih mengejutkan, Michael terhutang budi dengan penyanyi dan pengacara Alif Satar kerana dia telah menyimpan rahsia (status agamanya) selama setahun lebih ini dan berhajat mahu menunaikan solat Jumaat bersama (esok).

“Dan paling penting sekali ialah saya nak pergi solat Jumaat sebab selama ni saya buat di rumah. Saya tak nak pergi sebab nanti orang akan tanya, “apa cina ni buat kat masjid?”

“Jadi dia (Alif) pun dah janji dengan saya, dia akan solat Jumaat dengan saya,” akhiri Michael  yang mengekalkan nama asalnya iaitu Michael Ang Hai Swee.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Allahu… akhirnya Dia bukakan hati seorang lagi umat untuk memeluk agamaMu. Memperkenalkan saudara baru kita, @michaelang38 ♥️ #MHnews #MediaHiburan

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

“Assalamualaikum saudara” – Netizen raikan Michael Ang pelvk Islam

SELEPAS pelbagai spekulasi, pengarah dan penerbit, Michael Ang akhirnya membuat pengakuan bahawa dia sudah memelvk agama Islam kira-kira setahun lalu.

Menurut Michael, dia berkongsi dengan masyarakat tentang perkara itu kerana enggan membiarkan masyarakat terus berteka-teki mengenai status agamanya terutama apabila dia mengunjungi masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

“Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya bergelar seorang Muslim. Saya dah sedia memberitahu semua mengenai perkara ini. Sejujurnya, selama saya mendalami agama Islam, masih ada banyak perkara yang saya harus pelajari.

“Untuk saya mula tunaikan solat Jumaat, lebih baik saya berterus terang daripada ada orang melihat saya di masjid dan memperkatakan tentang perkara ini.

Michael Ang masih belajar tentang Islam.

“Sebenarnya, kalau boleh tak nak memperbesarkan kerana ini antara saya dan Allah,” katanya secara eksklusif menerusi laman Youtube Official Ria X pada Selasa.

Sementara itu, pengarah filem Kimchi Untuk Awak ini meminta peminat mendoakan yang terbaik dan berharap penghijrahannya ini diberkati.

“Doakan sahaja saya kekal di jalan ini dan saya alu-alukan segala tunjuk ajar. Semoga kita semua menjadi yang terbaik di sisi Allah,” katanya.

Keputusan memeluk Islam menerima komen positif peminat.

Sebelum ini, pemilik nama Michael Ang Hai Swee ini dikatakan sudah mem3luk agama Islam apabila memberitahu mula belajar berpuasa pada Ramadan tahun lalu.

Menerusi muat naik terbaharu di Instagram, ramai peminat meninggalkan komen mengucapkan syukur di atas penghijrahannya itu.

“Alhamdulillah, dah setahun Michael peluk Islam. semoga sentiasa dibukakan pintu rezeki.

“Alhamdulillah, kami sangat berbangga dengan kamu. Bertambah seorang lagi umat Nabi Muhammad, nanti puasa penuh ya,” komen peminat.

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : MH


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Alif Satar Pegang Janji , Buat Pertama Kali Michael Ang Bakal Tunai Solat Jumaat Bersama Esok!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*