9 Selebriti Terkenal Malaysia Yang Sakan Bergaya Dengan Kereta Mewah.

Menjadi seorang artis bukanlah perkara yang mudah. Jika hanya mempertaruhkan muka sahaja tanpa ada bakat sudah tentu popularitinya bakal datang dan pergi secara bermusim.

Jika kena dengan cara dan populariti, sudah tentu bayarannya juga lumayan. Ada antara artis Malaysia yang memperoleh pendapatan mencecah 6 angka sebulan hasil dari penjualan produk, lakonan, nyanyian dan sebagainya.

Jadi tidak hairan kebanyakan artis kini boleh memiliki kereta mewah berharga ratusan ribu ringgit. Ini antara artis yang mampu memiliki kereta mewah pelbagai model.

Figura bernama Wak Doyok atau nama betulnya Mohd Azwan Md Nor tidak perlu diperkenalkan lagi. Dengan statusnya sebagai ikon fesyen terkemuka pastinya mendatangkan hasil yang lumayan. Tidak hairan sebelum ini tular kisah beliau menghadiahkan banglo kepada ibu tercinta.

Setakat kereta mewah berharga ratusan ribu ini apa lah sangat bagi Wak Doyok, betul tak. Difahamkan kereta Wak Doyok ini jenama Mustang, bukan calang-calang orang boleh pakai. Malah taste dia pun boleh tahan sebab tak ramai suka kereta ni.

Dato Aliff Syukri

Yang ni tak perlu lah nak perkenalkan lagi. Seorang tokoh perniagaan, ikon kosmetik dan kini penyanyi. Tagline terlajak laris beliau sangat terkenal sehingga budak kecil pun tahu sebut.

Anda pasti ingat kisah Ferrari beliau yang terbakar baru-baru ini. Namun Datuk Aliff masih mempunyai beberapa koleksi kereta mewah lain.

Raf Yaakob

Bagi suami Mawar Rashid ini, beliau sememang terlibat dalam dunia perniagaan sejak sekian lama. Beliau adalah adik kepada penyanyi dan chef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob.

Sebelum berkahwin dengan aktres jelita Mawar Rashid, Raf Yaakob adalah seorang duda yang mempunyai dua orang anak. Pun begitu ia tidak menghalangnya untuk menjalin hubungan cinta dengan Mawar Rashid. Untuk info, beliau juga presiden Kelab Peminat Manchester United Malaysia.

Dengarnya baru-baru ini Raf sudah menjual kereta ini kerana mahu membeli kereta yang lebih sesuai untuk keluarga .

Zizan Razak

Pada awal kariernya dan menjadi duta M7, Zizan memiliki sebuah kereta Mitsubishi EVO X yang berharga sekitar RM300,000-RM350,000. Tidak lama selepas itu Zizan menjual kereta tersebut dan mengambil pula Nissan GTR R35 yang berharga sekitar RM500,000 .

Dan terkini dia memandu sebiji Ferrari berwarna kuning, jika tidak silap saya itu merupakan model F430 Spider yang berharga sekitar RM700,000-RM800,000.Populariti dimiliki Zizan dalam bidang lakonan dan lawak membuatkan dia menerima banyak tawaran-tawaran berlakon dan duta, jadi tidak hairan dia boleh memiliki kereta mewah ini.

Shilla Amzah

Tidak banyak yang diketahui mengenai Shila kerana kesibukan dirinya memenuhi tugasan kerja di China yang memaksa dirinya kadangkala berulang-alik ke sana kemari.

Namun Shila pernah memuatnaik sebuah gambar kereta yang didakwa oleh peminatnya merupakan kereta barunya iaitu BMW X6 yang berharga sekitar RM350,000 – RM400,000.

Azlan

Azlan baru-baru ini memuatnaik beberapa gambar dirinya bersama kereta terbarunya iaitu model Ferrari F430 (Jika tak silap) yang berharga sekitar RM700,000 .

Ditanya oleh salah sebuah media berkenaan kereta tersebut, Azlan menjawab Saya tak boleh nak komen la kalau nak tanya pasal kereta sebab perkara itu lebih kepada hal peribadi Maaflah saya tidak boleh nak komen mengenainya, . Azlan juga dipercayai sedang sibuk dalam perniagaannya.

Aby Yus

Siapa menyangka daripada seorang penjual petai di pasar malam, kini pelakon dan pelawak Ebby Yus sudah maju ke hadapan apabila bergelar usahawan restoran.

Ebby Yus usaha keras demi ‘Adam Lai Restoran’. Mempertaruhkan, Adam Lai Restoran, yang terletak di Seksyen 15, Shah Alam, Ebby mendapat kerjasama daripada tiga rakan kongsinya, Muhammad Adam Lai Abdullah, Faizal Abdul Jabar dan Mohd Helmy Harun.

Jangan terkejut, ini kerana kereta pilihan Ebby Yus yang mampu di belinya bukanlah kereta biasa-biasa. Ebby Yus di katakan memiliki kereta sport mewah iaitu Mercedes SLK Brabus yang bewarna putih.

Ustaz Rock

Selain digelar sebagai Ustaz Rock, Mukhlis sering tampil bergaya dan seorang yang agak ‘fashionable’ di Instagram. Jejaka yang sentiasa nampak kemas ini juga sering bergambar dengan kereta mewahnya. Jom lihat foto-foto Mukhlis yang buatkan ramai wanita jatuh hati.

Hairul Azreen

Teka teki mengenai kereta yang dimiliki Hairul atau lebih mesra dipanggil Kapten Hairul akhirnya terjawab apabila dia memuatnaik 2 keping gambar dimana salah satu gambar dimuat naik baru-baru ini menunjukkan keretanya sedang berada di bengkel.

Model kereta tersebut merupakan model sama yang pernah dipakai oleh Zizan iaitu Nissan GTR R35 yang berharga sekitar RM500,000. Namun selepas memuatnaik gambar keretanya kebiasaannya dia akan memadam gambar tersebut,mungkin bagi mengelakkan ‘Keyboard Warrior’ mengasah bakat disana.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  :himpunanmedia


Apa kata anda?

Be the first to comment on "9 Selebriti Terkenal Malaysia Yang Sakan Bergaya Dengan Kereta Mewah."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*