6 Selebriti Menyanyi Lagu ‘Pitching Kelaut’ Tapi Tetap Dapat Jutaan View & Jadi Jutawan Youtube!

Dunia hiburan masih lagi hangat bercakap tentang gosip dua orang jutawan kosmetik, Sajat dan Dato’ Aliff Shukri yang dah pun mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian. Malangnya, lagu dendangan mereka, Abang Nak Tegur telah pun menerima lebih kurang 290K dislike berbanding hanya 39K yang menekan butang like di siaran Youtube.

Ramai yang berpendapat bahawa Sajat telah ‘menghancurkan’ lagu tersebut dan bukan saja mereka, malah ada lagi beberapa selebriti juga pernah dikutuk kerana menyanyi sumbang.

Berikut merupakan senarai yang Remaja kumpulkan.

#6- Fazura – Hancu.r Aku duet bersama Estranged

Pelakon serba boleh ini memang diketahui kental jiwanya.

Sebelum menamatkan zaman bujangnya dengan Fattah Amin, ramai netizen mempertikaikan suara Fazura yang tampil dengan single Sayangi Dirimu selain berduet dengan kumpulan Estranged, menerusi lagu Hancuur Aku.

Kata netizen, bukan saja hancuur tetapi sudah lebur!

Kutukan ini terjadi bila Fazura diberi peluang menyanyi semasa konsert F1 di tanahair, Ramai betul yang mempertikaikan suaranya. Tapi semakin dikutuk pun terbaru, Fazura telah dilamar oleh penyanyi popular Indonesia, Anggun untuk duet mereka berdua.

#5- Dato Seri Vida – I Am Me

Tampil dengan lagu ciptaan Edry Abdul Halim, I Am Me, jutawan perniagaan Dato Seri Vida juga tidak lekang dengan kutukan peminat yang banyak mempersendakan lagu nyanyiannya.

I Am Me ditukar menjadi Ayam Mee serta pelbagai gelaran lain.

Biasalah, ada yang suka dan tidak tetapi kini Dato Seri Vida tetap dengan aksinya. Mungkin dia sendiri tak ambil port kutukan orang yang mengatakan dia tak boleh menyanyi.

# 4-Fattah Amin – Wanita Terakhir

Bukan nak mengata tetapi inilah yang netizen katanya. Kata mereka Fattah Amin memang tak boleh menyanyi. Lagunya Wanita Terakhir menjadi bahan gurauan. Di sebalik kata-kata netizen itu, penyanyi dan komposer, Aizat Amdan, pula menganggap aktor itu memiliki suara yang unik.

Bukan setakat komposer, Johan pun ada dedahkan juga di status ig nya sebelum ini..

“Eh, Fattah Alim pulak! Dia memang alim, Fattah Amin dia baca surah al Mulk lagi sedap dari Johan. Semalam ke dua hari lepas Fattah Amin pandai mengaji al Quran tahu,”ujar Johan dalam video berkenaan.

#3.Daimaou Kosuka – Lagu Pen Pineapple Apple Pen

Lagu Pen Pineapple Apple Pen (PPAP) nyanyaian Daimaou Kosuka memang nampak simple selain liriknya berulang-ulang. Ramai yang mempertikaikan lagu nyanyian comedian Jepun ini tetapi lama kelamaan bagaikan terbius untuk sama-sama menari. Samalah dengan lagu I Am Me yang mana lama-kelamaan orang turut bergoyang juga.

Kekal dengan baju berkilat warna kuning itu, video ini ditonton oleh 9 juta pengguna sekaligus meletakkan penyanyi dengan lagu cukup simple PPAP menjadi popular.

#2 – Dato Aliff Shukri – Lagu Abang Nak Tegur

Lagu Abang Nak Tegur yang dibuat penggambaran videonya di Sepanyol paling hangat diperkatakan. Khabarnya Dato Aliff siap merayu agar isterinya, Datin Shahida menyanyi selepas melihat dislike yang terlalu banyak berbanding orang menyukainya.

Entahlah, tunggu video ini meletup dan ini mungkin boleh menutup mulut orang ramai terhadap lagu ini.

#1 – Nur Sajat – featuring lagu Abang Nak Tegur

Paling mendapat perhatian tentulah Sajat sekarang ini. Featuring lagunya, Abang Nak Tegur bersama Dato Aliff Shukri nampaknya menjadi topik bualan di mana ramai seakan tidak menyukainya.

So korang nilailah sendiri ya. Suka atau tidak adalah pendapat individu. Semuanya terpulang pada citarasa masing-masing.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : remaja.my

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "6 Selebriti Menyanyi Lagu ‘Pitching Kelaut’ Tapi Tetap Dapat Jutaan View & Jadi Jutawan Youtube!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*