[5 FOTO] Shalma Ainaa, Pengacara Cantik Motif Viral Tampil Cantik Bertudung

Kelibat wanita bernama Shalma Ainaa mula mencuri perhatian netizen apabila mengendalikan program hiburan HLive! sekitar 2014 bersama-sama Dahlia Shazwan, Nabil Mahir dan Alif Farhan. Namun makin meningkat naik nama Shalma Ainaa Bruhanuthen ini ketika mengemudikan dua program terbitan Astro Ria iaitu Motif Viral dan Alternatif pada 2017.

Terdahulu, pelakon drama Urusan Hati Cik Drama Queen ini juga terlibat sebagai pengurus kewangan untuk program Semanis Fondant dengan beberapa chef selebriti popular tempatan termasuklah Datuk Fazley, Chef Adu Amran dan Brian Chen.

Sudah jodoh, pasti tak ke mana. Begitulah juga hubungan cinta dijalin pengacara Shalma Ainaa dan tunangnya, Wan Imar Izzat (Imar), telah melangsungkan perkahwinan pada 2016.

Mereka dipertemukan di kota London akhir tahun lalu ketika Shalma yang juga pemilik butik pakaian Shals melanjutkan pengajiannya dalam bidang fesyen.

Imar, anak kedua Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid, kini turut menceburi industri seni. Bapanya, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Jom semak ringkasan biodata dan trivia menarik wanita berbintang Scorpio ini.

Shalma Ainaa, Pengacara Cantik Motif Viral Tampil Cantik Bertudung

Biodata Ringkas Shalma Ainaa

Nama Penuh: Shalma Ainaa Bruhanuthen

Nama Komersil: Shalma Ainaa

Umur: 26 Tahun (2017)

Tarikh Lahir: 13 November 1991

Zodiak: Scorpio

Asal: Kuala Lumpur

Adik Beradik: Anak kedua daripada empat beradik

Kerjaya: Pengacara, Pelakon & Usahawanita

Status: Berkahwin

Agama: Islam

Bangsa: Melayu

Warganegara: Malaysia

Hos TV: Motif Viral, Alternatif & HLive!

Drama/Telefilem: Riuh Raya Kak Mar, Bus Stop & Urusan Hati Cik Drama Queen.

Laman Media Sosial Shalma Ainaa

Twitter: www.twitter.com/shalmaainaa

Trivia Menarik Tentang Shalma Ainaa

Graduan jurusan Ijazah Sarjana Muda Pemasaran Fesyen di University of Middlesex dan Diploma Pengurusan Pemasaran Fesyen dari Kolej Antarabangsa Raffles, Kuala Lumpur.

Menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hati bernama Wan Imar Izzat pada 17 September 2016 selepas mengikat tali pertunangan pada 10 April 2016.

VIDEO :

 

 Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : Sinarviral

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "[5 FOTO] Shalma Ainaa, Pengacara Cantik Motif Viral Tampil Cantik Bertudung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*