Bekas Calon Suami Fara Fauzana Dedah Tidak Pernah Berkahwin

Fara dan Mohamed Hafiz sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 17 September ini.

PETALING JAYA: Bekas calon suami Fara Fauzana iaitu Mohamed Hafiz Badiuzzaman mended4hkan dia tidak pernah berkahwin seperti did4kwa sebuah akhbar, pada Selasa lalu.

Mohamed Hafiz, 30, berkata, dia juga tidak pernah merahsiakan status dirinya kepada pengacara tersebut sejak mereka mula berkawan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

T A K S E M P A T M A K E U P . Tkpe mask kan ada .. kata KPOP 🤪

A post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau) on

“Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah berkahwin dan saya tidak pernah merahsiakan tentang status perkahwinan kepada Fara.

“Selain itu, status tersebut juga bukanlah punca perkahwinan tersebut dibatalkan. Jika hendak tahu tentang sebab sebenar anda perlu bertanya sendiri dengan Fara,” ujarnya.

Hafiz berkata demikian menerusi aplikasi Whatsapp yang dihantar kepada mStar Online pada Rabu.

Pada Ahad lalu, Fara atau nama sebenarnya Fara Fauzana Mohd Fadzli, 36, membuat kejutan apabila memberitahu majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini dibatalkan.

Kata bekas penyampai radio itu, keputusan tersebut dibuat atas sebab-sebab peribadi yang tidak boleh dikongsi olehnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

B U K A N F B I

A post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau) on

“Dengan penuh rasa duk4cita, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang pada 17 September ini dibatalkan.

“Keputusan membatalkan pernikahan saya dengan pemuda bernama Hafiz, seperti yang saya umumkan pada sidang akhbar pada 1 Ogos lalu, dibuat atas sebab-sebab yang terlalu peribadi,” katanya.

Dalam pada itu, Hafiz menjelaskan ketidakhadirannya pada majlis sidang media pengumuman perkahwinan mereka pada 1 Ogos lalu adalah atas persetujuan bersama dengan Fara bagi melindungi privasi keluarganya.

Sementara itu, Hafiz mengakui tertekan dengan apa yang berlaku dan berharap pihak media faham dengan situasi dihadapinya.

“Saya minta maaf kepada yang terkesan dengan apa yang berlaku dan saya juga meminta agar pihak media menghormati privasi saya dan keluarga.

“Saya juga terkesan dengan pembatalan perkahwinan kami dan minta diberi ruang untuk diri kembali seperti biasa,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#ajl33 By @hayattmarni

A post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau) on

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : mStar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Bekas Calon Suami Fara Fauzana Dedah Tidak Pernah Berkahwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*