Akhirnya Azlee Khairi Mula Bersuara Tentang Status Dirinya Yang Sebenar

Kuala Lumpur: “Saya dah selamat bernikah kali kedua pada Januari tahun lalu. Alhamdulillah, saya bertemu jodoh dengan wanita yang boleh terima diri saya seadanya dan kami sudah pun menimang cahaya mata,” 

Demikian kata pelakon Azlee Khairi,33, atau nama sebenarnya Azlee Khairi Zulah Hainee berhubung perkahwinan bersama isteri, Nurul Hidayah atau Dhiya yang kini menjadi perhatian netizen di media sosial.

Kisah perkahwinan rahsia Azlee dan isterinya mula ‘terb0ngkar’ pada kalangan warganet apabila pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim itu memuat naik video sambutan hari lahir anaknya di media sosial, beberapa hari lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by azleekhairiofficial (@azleekhairiofficial)

Azlee berkata dia amat bersyukur dipertemukan jodoh dengan isterinya, Dhiya juga seorang kru penerbangan. Malah, perkahwinan dibina adalah yang kedua buat mereka.

“Isteri saya juga pernah berkahwin sebelum ini dan sudah memiliki seorang cahaya mata daripada perkahwinan lalu. Kini, alhamdulillah kami sudah mempunyai dua orang anak.

“Menerusi perkahwinan kami, alhamdulilah Allah kurniakan seorang bayi lelaki yang kini berusia lima bulan. Syukur kehidupan berkeluarga saya sudah lengkap dengan kehadiran isteri dan anak-anak,” katanya.

Ditanya mengapa dia masih memilih untuk tidak berkongsi kisah peribadi terutama perkahwinan itu, Azlee berkata dia berahsia kerana menghormati permintaan isteri tersayang dan keluarga masing masing.

“Kami bernikah dalam majlis diadakan secara atas talian (online) dan sederhana pada Januari, tahun lalu. Ia dibuat pun hanya membabitkan ahli keluarga serta sanak saudara dari kedua belah pihak kami saja.

“Apapun, dengan penjelasan ini diharap agar spekvlasi yang timbul berakhir. Saya juga tak boleh berkongsi butiran tepat mengenai isteri kerana dia tak gemar dan menyenanginya,” katanya.

Sebelum ini, Azlee pernah berkahwin dengan wanita dari Brunei dikenali Dayang Norlelawati Puteh pada 2014 dan kemudian dia memilih meninggalkan kerjaya lakonannya untuk menetap di negara jiran itu.

Bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang apabila Azlee mendakwa sudah bercer4i dan dia akhirnya balik ke Malaysia pada November 2019 lalu. Sejak itu, dia dilihat merancakkan semula pembabitannya dalam kerjaya seni dan makin mendapat perhatian menjadi ‘hero’ drama.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HM


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Akhirnya Azlee Khairi Mula Bersuara Tentang Status Dirinya Yang Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*