Takkan Maafkan, Ririe Fairus Duduk Atas Gambar Nissa Sabyan Buat Ramai Bers0rak

Teka-teki mengenai status sebenar 2 anggota Sabyan Gambus iaitu Ayus dan Nissa Sabyan sehingga kini masih menjadi persoalan kerana masing-masing belum membuka mulut sama ada sudah bernikah atau belum.

Bagaimanapun, R1rie Fairus paling terkesan akibat kontroversi terbabit kerana dia akhirnya bergelar janda serta ibu tunggal sejak Mac 2021.

Ketika ditemu ramah bersama isteri Baim Wong iaitu Paula Verhoeven di kediaman mereka, R1rie Fairus tanpa berselindung akui pernah berputus asa dalam hidupnya rentetan kisah perselingkuhan bekas suaminya tahun lalu.

Hal ini kerana, dia tak pernah dikecewakan sebelum ini memandangkan Ayus Sabyan adalah lelaki pertama dicintai sepanjang hidupnya. Bahkan, dia sanggup setia dengan suami dari waktu awal rumah tangga mereka tiada apa-apa lagi.

Di hujung segmen, Paula sempat memberikan 2 foto kononnya mahu lihat sejauh mana R1rie memaafkan individu tersebut. Ketika dihulurkan foto Ayus, dia akui ikhlas memaafkannya kerana tetap merupakan ayah kepada anak-anak mereka.

Namun sebaik menerima foto Nissa Sabyan pula, R1rie terus mempersoalkan, “Ini apa?”. Sambil bergelak ketawa dengan Paula, dia enggan mengoyakkan gambar tersebut sebaliknya mahu duduk di atasnya saja.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen setuju dengan tindakan spontan R1rie Fairus yang tidak sesekali memaafkan perampas kebahagiaan rumah tangganya suatu ketika dahulu.

Selain memuj1nya kerana pandai cover perasaan geram dengan reaksi gelak ketawa, mereka turut doakan ibu tunggal 2 anak berkenaan agar jumpa jodoh lebih tepat di masa akan datang.

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber :TikTok armykalbar_via TTK


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Takkan Maafkan, Ririe Fairus Duduk Atas Gambar Nissa Sabyan Buat Ramai Bers0rak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*