Suami Raja Ilya Terkjut Kena Suap Pakai Tangan, Pelakon Mahu Teruskan Tradisi

Muat naik terkini di Instagram milik pelakon jelita tanah air, Raja Ilya menarik perhatian orang ramai di media sosial. Perkongsian video selebriti jelita ini memasak nasi biryani bersama ahli keluarganya, sambil mendengar lagu Tamil sangat menarik orang ramai.

Suami Raja Ilya Terkejut Makan Suap Pakai Tangan

Dalam video yang dimuatnaik tersebut memaparkan suami kepada Raja Ilya, Trent Garret membuat reaksi wajah terkejut apabila pelakon jelta itu menyuapkan makanan dengan menggunakan tangan.

Foto – Instagram @rajailya

“Makan pakai tangan dan suap pakai tangan ! Terkejut Trent !!! Mereka tak tahu Nikmat suap pakai tangan ni lain macam ..” luahnya

Mahu Kekalkan Tradisi

Wanita berd4rah kacukan melayu dan malayalam ini mengatakan d1rinya mahu menerapkan tradisi makan menggunakan tangan dalam keluarganya, dan Ilya juga mendedahkan akan mengajar tradisi tersebut apabila memiliki anak akan datang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

“Ermmm ada baby nanti nak kena ajar pakai tangan, kekalkan tradisi. Lantak lah orang nak kata “ewwww” ke apa ..

Semalam adalah HARI INDIA, sangat meriah. Masak biryani, lagu Tamil, dan banyak lagi .. Ini yang berlaku apabila saya Rindu keluarga saya dekat MALAYSIA !!!!!!

Sejujurnya Ilya membesar sebagai kanak-kanak India dari Melayu tau. Sebab persekitaran dan budaya. Bukan itu saja, d4rah sebelah ibu saya memang kuat…

Tok nenek semua fasih Tamil, Hindi dan Malayalam.. Jadi terikut-ikut lah sampai sekarang ni.

Saya sangat cintakan tradisi dan budaya dan yang pastinya kita orang akan ajar anak-anak kami yang sama. Tradisi Melayu dan India, kasi campur dan kekal dalam keluarga..

Tak mahu 100% matsalleh sangat..” tvlisnya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Murai my


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Suami Raja Ilya Terkjut Kena Suap Pakai Tangan, Pelakon Mahu Teruskan Tradisi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*