Umum sedia tahu pelakon cantik Uqasha Senrose sudah pun dilamar oleh aktor Kamal Adli dan bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.
Namun, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari, perancangan untuk mengadakan majlis pernikahan sekitar bulan Jun lalu tidak dapat dilaksanakan.
Akan tetapi, sejak beberapa hari kebelakangan ini, pelakon tersebut seakan memberi bayangan bahawa majlis pernikahannya akan berlangsung tidak lama lagi susulan beredarnya gambar-gambar berbaju nikah di media sosial.
View this post on Instagram
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini turut berkongsi gambar busana berwarna putih rekaan mereka yang anggun digayakan oleh pelakon tersebut.
View this post on Instagram
Pastinya ramai yang memuji penampilan Uqasha yang sangat cantik apabila mengenakan busana rekaan pereka terkenal itu disamping mekap yang terlihat natural sekali.
Menjengah ke ruangan komen, ada juga yang tidak sabar menanti hari bahagia pelakon itu dengan bertanyakan tarikh sebenar pernikahannya.
Walau bagaimanapun, belum ada sebarang kenyataan daripada Uqasha mahupun Kamal berhubung majlis pernikahan mereka nanti.
Dih4rap semua urusan yang telah dirancang dapat berjalan dengan baik dan terus bahagia hingga ke Jannah.
Sumber: OMM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press
Sumber : https://www.dnq.pw/
Be the first to comment on "Uqasha Senrose Dah Gayakan Baju Nikah, Peminat Tanya Bila Majlisnya?"