Tak Boleh Sentuh Kaabah & Hajar Aswad Antara Dilarang Pada Musim Haji Tahun Ini

Arab Saudi mengumumkan protokol kesihatan pada musim haji tahun ini sekali gus bagi mencegah penularan Covid-19 yang masih meningkat hampir di seluruh dunia.

Menerusi laporan Arab News, Pusat Pencegahan dan Kawalan peny4kit (CDC) dalam kenyataan memaklumkan para jemaah tidak dibenarkan menyentuh Kaabah dan mencivm batu Hajar Aswad.

Turut dilaporkan agensi berita Reuters, jar4k sosial 1.5 meter antara jemaah akan dilaksanakan sepanjang masa ketika menunaikan ibadah termasuk sewaktu solat berjemaah.

Bukan itu sahaja, akses ke Mina, Muzdalifah dan Arafah juga akan terhad kepada mereka yang mempunyai permit haji mulai Ahad depan hingga 2 Ogos ini selain wajib memakai pelitup muka sepanjang menunaikan ibadah haji.

Memetik laporan BH Online pula, keputusan Kerajaan Arab Saudi yang hanya membenarkan jemaah yang berada di negara itu menunaikan haji turut mendapat sokongan daripada pelbagai negara.

Terdahulu, Arab Saudi mengehadkan bilangan jemaah haji kepada 1,000 orang bagi mengekang pandemik tersebut dan tidak membenarkan umat Islam dari negara luar menunaikan ibadah haji tahun ini.

Sumber : Arab News , Reuters , BH Online

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Tak Boleh Sentuh Kaabah & Hajar Aswad Antara Dilarang Pada Musim Haji Tahun Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*