Amboi! 20 bakal doktor melaram tukar 3 uniform, salah seorang pernah dihalau dari wad – “Pensyarah kata masih sempat untuk tukar jurusan”

HARI konvokesyen menjadi detik kemuncak dalam perjalanan setiap yang bergelar mahasiswa.

Begitu juga dengan 20 doktor muda ini apabila mereka meraikan hari gembira itu dengan video #UniformChallenge sehingga ia tular di media sosial.

Menerusi video berkenaan, mereka memakai jubah putih dilengkapi stetoskop di leher sebelum beralih mengenakan jubah konvokesyen.

Babak seterusnya memaparkan mereka berpakaian rona gelap yang juga uniform khas untuk ke dewan bed4h.

Bercerita kepada mStar, salah seorang daripada mereka, Abdul Kadir Shah Sahibudeen, 24, mengakui cuba mencari kelainan dalam meraikan hari penuh bermakna itu.

Kumpulan doktor muda ini tampil dengan kelainan dalam meraikan hari konvokesyen. (Kredit: Alippiun)

“Pada mulanya kami plan nak shoot gambar, lepas tu terfikir nak buat video. Ia dirakam di Putrajaya baru-baru ini.

“Kami rakam hari tu dalam tiga take sahaja sudah selesai. Tak susah, yang lecehnya kena tukar baju,” ujarnya yang mesra disapa Kadir.

Tambah anak kelahiran Sungai Buloh, Selangor itu, kesemua mereka berada dalam lingkungan usia 24 hingga 25 tahun.

 

Pensyarah kata masih sempat untuk saya tukar jurusan. Masa tu saya dih4lau sebab tak dapat jawab soalan.

ABDUL KADIR SHAH SAHIBUDEEN

Bercerita mengenai perjalanan pengajiannya di Universiti Malaya (UM), Kadir mengakui banyak pengalaman pahit manis yang dilaluinya.

“Banyak naik turun sepanjang lima tahun. Paling teruk pernah dih4lau keluar dari wad.

“Pensyarah kata masih sempat untuk tukar jurusan. Masa tu saya dih4lau sebab tak dapat jawab soalan.

Kadir turut berkongsi suka-dvka sepanjang pengajiannya. (Kredit: Alippiun)

“Tapi saya ambil dari sudut positif untuk perbaiki d1ri. Ia membuka mata saya untuk jadi lebih baik,” ujarnya lagi.

Kadir dan rakan-rakannya turut berhimpun sekali lagi sewaktu Istiadat Konvokesyen UM pada Selasa lalu.

Selain video tular berkenaan yang dirakam dua hari lebih awal, mereka turut menjalani photosh00t untuk merakam gambar kenang-kenangan bergelar pelajar.

Dua video yang dimuatnaik di Twitter.

Tambahnya, mereka kini sedang menunggu panggilan penempatan (housemanship) dan beriltizam menjadi doktor yang mampu memberi sumbang bakti kepada masyar4kat.

Dalam pada itu, video #UniformChallenge bukanlah sesuatu yang asing, malah ia turut popular menerusi aplikasi TikTok.

Foto yang dirakam sebagai kenang-kenangan. (Kredit: Alippiun)

Video cabaran itu menjadi sensasi di peringkat global yang mana ia menggunakan lagu Move Your Body (Alan Walker Remix) dendangan asal penyanyi Australia, Sia yang turut popular dengan lagu hit Chandelier.

Dua video berasingan yang dimuatnaik Kadir di Twitter sehingga kini menerima hampir 20,000 jumlah tontonan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Woww bukan main abang2 doktor kita ni. Kalau min kurang sihat, boleh la tolong rawat. Baca kisah mereka di IG Story/Highlight. #mstaronline #mstarMoi

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Amboi! 20 bakal doktor melaram tukar 3 uniform, salah seorang pernah dihalau dari wad – “Pensyarah kata masih sempat untuk tukar jurusan”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*