“Tak Pernah Tak Lawa” – Media, Peminat Seluruh Dunia Tergamam Tengok Lisa Di Paris Fashion Week, Disamakan Macam Barbie

Siapa tak kenal dengan Blackpink, kumpulan yang tengah ‘hot’ sampai cipta fenomena kan? Keempat-empat ahli kumpulan ini iaitu Rosé, Lisa, Jennie dan Jisoo mempunyai peminat mereka tersend1ri.

Lisa antara yang paling menarik perhatian ramai peminat di seluruh dunia kerana peranannya dalam Blackpink sebagai rapper serta kehebatannya menari. Apatah lagi kerana kemahiran dia boleh bercakap dalam 4 bahasa yang berbeza.

Gadis berusia 22 tahun ini juga mempunyai aura yang tersend1ri membuatkan dia sering menjadi perhatian ke mana saja termasuklah ketika menghad1ri pertunjukan fesyen Celine di Paris baru-baru ini.

Lisa yang selalu bergaya dengan rambut ‘ponytail’ itu dilihat tampil berbeza ketika menghad1ri pertunjukan fesyen tersebut sehingga Instagramnya dibanj1ri pujian daripada peminat. Persalinan yang digayakan Lisa ketika karpet merah berjaya buat ramai media dan peminat seluruh dunia rasa ‘wow’!

Menurut Wanista, peminat Lisa malah tergamam melihat kecantikannya sehingga memberi gelaran ‘Barbie Doll’ kepada gadis yang berasal dari Thailand ini.

Hi real Barbie.”

Sumber: Instagram

Nampak simple tapi penampilan Lisa berjaya mencuri perhatian ramai ketika majlis tu. Mengenakan baju turtle neck berwarna putih, skirt labuh ,kasut but tinggi serta beg berwarna hitam, Lisa juga malah disamakan dengan pelakon Hollywood terkenal, Angelina Jolie.

Macam Angelina Jolie.”

Gaya fesyen ala ‘American Country Girl’ itu sememangnya jauh berbeza daripada penampilan Korea yang selalu digayakan Lisa sebelum ini. Tapi, memang nampak sesuai dan sepadan je fesyen ala ‘American Country Girl’ itu dengan dia.

Pendek kata, kalau dah lawa tu pakai jela fesyen apa pun memang cantik dan da boom! Lagi-lagi macam Lisa yang dah memang ada aura tersend1ri, for sure akan tarik perhatian media dan peminat.

Siapa peminat Lisa dekat sini

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: LobakMerah

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Tak Pernah Tak Lawa” – Media, Peminat Seluruh Dunia Tergamam Tengok Lisa Di Paris Fashion Week, Disamakan Macam Barbie"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*