Percaya Tak Rezeki Itu Ada Kaitan Dengan Isteri? Pasti Insaf Bila Baca Ini

Seorang suami mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Terasa dunia ni semp1t. Dah usaha macam-macam. Semua cara dah buat. Hati pun res4h dan rasa nak m4rah jer..kenapa yer ustaz?

Abang ada ibubapa lagi ke? Mak ayah saya dah tiada. Abang ada isteri tak? Ada ustaz. Saya ada 3 orang anak…

Saya beri 2 kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik. Dan jaga solat. Sebelum mula kerja solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta pada Allah dulu..

Dia diam termenung. Kemudian dia cakap betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri. Jawab saya bagaimana keberkatan nak datang dalam hidup kita jika menyed1hkan dan meny4kitkan orang yang setia dan berk0rban tinggalkan keluarganya untuk bersama kita..sangkaan dan isi hati mereka doa yang kuat untuk kita..

Silaturrahim asbab rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim dan menyambungkannya.

Jika kita s4kitkan kucing atau t1pu kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang kerana kita sedang buat salah. Inikan pula isteri kita..

Saya lihat dalam hidup ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka bahagia bersama isteri mereka. Saat kita mula men1pu, meny4kitkan, menyusahkan pasangan, hidup jadi serba tak kena…

Cuba abang mulakan dengan buat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya..

Tak lama dia jumpa saya. Katanya ya Allah rezeki saya bertambah. Semuanya jadi mudah dan lapang. Hati saya tenang. Bila saya betulkan silap saya. Saya jaga hatinya dan hargainya. Saya buat apa yang dia suka..

Silaturrahim membuka pintu rezeki…inikan bersama isteri kita yang tercinta.

Dulu pernah seorang pekedai dia rasa kedainya dibuat orang. Kena s1hir. Dah buat macam-macam. Tapi tetap rugi. Dia jumpa saya. Saya kata padanya abang ada buat bvruk kepada isteri tak?

 

Jawabnya yer ustaz. Saya t1pu isteri saya. InsyaAllah saya betulkan. Selepas itu rezekinya mencurah-curah..

Ramai orang kaya raya hidupnya jadi semp1t dan tak tenang kerana lupa d1ri dan meny4kitkan hati orang tersayang amanah Allah.

Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar. Isteri yang solehah sentiasa mendoakan dan mentaati suami agar rahmat Allah mencurah-curah.

Sumber : Ustaz Ebit Lew

Kisah Pemuda Diuji,Selalu Menangis Ketika Berdoa,Akhirnya Diberi Rezeki Mencurah-curah.Inilah Amalannya

Kita sering kali lupa untuk memberi kepada golongan yang kurang mampu, kadang-kadang tengok peminta sedekah di tepi jalan pun langsung tidak terdetik untuk bersedekah.

Ada yang lagi teruk merasakan peminta sedekah tersebut hanya berlakon miskin dan c4cat kerana m4las untuk bekerja.

Patutlah rezeki yang diterima tiada keberkatan, sering kali tak cukup wang dan merasa tidak puas.

Lelaki ini send1ri telah mengalami keaj4iban sedekah yang selama ini sering dilupakan. Dia selalu diuji dengan kesemp1tan sehinggalah…

 

Diuji dengan kesempitan, selalu menangis kerana tiada projek masuk.

Semalam saya jumpa dengan anak muda yang setahun lepas susah dan tiada duit. Kerja kontraktor tapi tiada projek. Hidup benar-benar berjimat cermat dan selalu nampak dia solat di masjid dan doa menangis. Selalu rasa perasaan itu. Diuji dengan kesemp1tan.

Kini dalam setahun rezekinya mencurah-curah berkat kejujurannya dan tidak pernah ambil kesempatan pada orang lain, jaga solat, dan sayang isteri dan ibubapanya.

4 kali orang datang minta duit, dia beri setiap seorang RM 20.

Dia baru beli rumah dan kereta yang lebih baik. Masa kami sedang minum 4 kali orang datang minta duit. Dia beri setiap orang rm20. Katanya gembira bila tengok orang gembira. Saya terus sebak sebab fikir berkat doa ibubapanya dan isterinya yang tercinta. Saya terbayang dia setahun yang lalu. Tak rugi kita bantu orang baik. Mereka gunakan duit bukan untuk d1rinya sahaja tapi di jalan Allah. Kita tolong seorang. Mereka tolong seribu orang. Seribu orang setiap orang tolong seribu orang. Ya Allah inilah perniagaan yang tak rugi. Tolong orang kerana Allah. Amal jariah berkekalan. Allah beri balasan mengikut niat.

Kini, rezeki mencurah. Semua duit gaji diberikan kepada ibunya.

Mula-mula dia kerja hampir semua gaj1nya diberikan pada ibunya sebelum dia kahwin. Kalau berjalan mesti pegang tangan. Saling mencintai. Tak pernah m4rah dan tak ambil kesempatan dari sesiapa ketika berurusan. Saya tengah fikir untuk beri dia projek semua francais paramount yang akan datang.

Saya ajak dia dakwah beberapa tempat semalam. Mula-mula singgah isi minyak di Petronas. Saya beri rm5 pada seorang Bangladesh. Lepas tu saya kata apa khabar. Dia kata baik. Saya bagitahu padanya Allah sayang kita. Seluruh hidup kita dan seluruh alam dalam kuasa Allah. Selain Allah tak boleh beri atau buat apa-apa. Jaga solat 5 waktu. Bila kita jaga solat. Allah jaga kita. Dia Allah baik. Semuanya milik Allah. Dah solat Maghrib ke? Jawabnya belum lagi. Saya kata pergi solat dulu. Dia kata, baik-baik sekarang saya solat.

Belum pernah ada orang belanja kami makan macam ni. Saya kata sebab Allah sayang.

Selepas satu ceramah. Kami singgah di kedai mamak pula. Jumpa anak muda kolej lelaki perempuan duduk sekali jam 1 pagi. 2 perempuan sexy berpeluk dengan 6 orang anak muda lelaki. Saya beri salam pada mereka. Saya kata saya ebit boleh saya nak minta masa adik-adik sekejap. Saya tanya nama mereka.

Mereka kata boleh..cuma kami sibuk jap g nak belahhh dahhhhh…saya kata ooo takper. Saya cuma nak jumpa anak muda yang disayangi Allah. Saya sebut nama mereka. Nanti adik Islam kan Amerika. Yang ni Islamkan Russia. Yang ni Islamkan Perancis. Awak Ch1na… awak seluruh Pulau kat Indonesia. Saya berdoa adik semua yang baik ni dapat sambung dakwah Nabi saw ke seluruh dunia.

Mereka gelak-gelak jer dan kata nak pergi dah. Saya dah nak gerak. Tiba-tiba budak-budak tadi kejar saya dan kata apa no telefon ustaz. Nanti nak dengar ceramah lagi. Terima kasih bayarkan makan.

Bukan saya bayar. Kawan saya tadi dah bayar semua sekali awal-awal lagi. Diaorang kata belum pernah ada orang belanja kami makan macam ni. Saya kata sebab Allah sayang. Berkat baru dengar ceramah 2 minit. Lagi lama sebut nama Allah dan dengar nama Allah, tak tahu apa Allah hadiahkan…hadiah paling besar belajar mencintai Allah. Mencintai Rasulullah saw.

Tak rugi sedikitpun apabila kita memberi kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Mungkin boleh dimulakan dengan orang yang terdekat seperti adik beradik atau kawan-kawan. Mana tahu esok atau lusa Allah swt gandakan rezeki kita itu. Yang penting latih d1ri untuk sentiasa memberi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Tawaurians.com

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Percaya Tak Rezeki Itu Ada Kaitan Dengan Isteri? Pasti Insaf Bila Baca Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*