Hos program masakan Ketuk-Ketuk Ramadan, Sheila Rusly telah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-48, Rabu lalu.
Terbaru, Sheila telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Sheila menerima hadiah dan ucapan dari salah seorang anak lelakinya, Uzair Haqimy.
“Bila ada yang menyedihkan pasti ada yang menggembirakan.Thank you ANAK @uzairhaqimy69 i’m touched beyond words Love u too much son #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya.
Lantas, perkongsian isteri kepada seorang pengarah, Azman Hj. Yahya atau dikenali sebagai j1nggo telah mendapat perhatian netizen.
Dalam pada itu, peminat turut memuji kemesraan Sheila bersama anak-anaknya.
View this post on InstagramMake each day your masterpiece!😉 #bonding #nyawa #sentiasabersyukur #alhamdulillah @luthmikhail20
Untuk rekod, Sheila telah dilahirkan pada 18 September 1971 di Selayang, Selangor.
Foto : Instagram Sheila Rusly
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press
Sumber : MH
Be the first to comment on "“Terima Kasih Anak,”- Sheila Rusly Tersentuh Hati Dengan Ucapan Hari Jadi Dari Anak Teruna"