Berjaya menawan Puncak Kala Patthar di Nepal pada ketinggian 5643 meter, pelakon Azhan Rani berkongsi kesukaran yang dihadapi dalam usaha menjejakkan kaki ke kemuncak.
Ulasnya menerusi Instagram, meski negara sedang alami jerebu teruk, namun keadaan di sana lebih sulit apabila rata-rata pendaki menghadapi masalah sukar bernafas.
Malah ada yang terpaksa membeli tong oksigen dengan harga RM750 satu tong.
“Dengar kata negara kita jerebu teruk. Susah nak bernafas time ni.
“Teringat masa aku masih kat ketinggian melepasi 4500m menghala ke #everestbasecamp dan puncak #kalapatthar yang tingginya 5643m tu betapa susahnya nak bernafas kat situ.
“Biar seindah mana pemandangan kau hadap apalah ertinya dengan separuh nafas mencungap.
“Belum lagi nak tidur waktu malam dengan suhu negatif degree tak boleh baring kena tidur dalam keadaan duduk sebab susah bernafas dan betapa mahalnya jika kau memerlukan oksigen yang harganya satu tong mencecah usd 180 yang cuma boleh bertahan sejam.
“Maka nikmat mana yang kau nak dustakan dibanding apa yang ada di negara kita, betapa banyaknya pokok2, betapa mewahnya oksigen tanpa bayaran maka sejauh mana pula kita menzahirkan kesyukuran dengan nikmat terhidang di depan mata,” tulisnya.
Pada masa sama, pelakon hebat ini turut menyelar golongan yang sering berbicara mengenai pencemaran alam namun hanya tahu memudaratkan.
“Aahhhh angguk2 acah2 paham pastu segala hutan sibuk ko nak tebang, segala bukit habis ko tarah sungai2 habis kering kontang.
“Pastu sambil hsap rkok ko cakap pasal kempen alam sekitar. ahhhh ni yang aku tak suka bila start bagi takirah pagi ni. ni semua pasal kat sini diluar tu hujan dan aku tak mula jalan turun lagi.
“Hari ni perjalanan turun terakhir kami men1ngg4lkan #ebc dari #monjo menuju #lukla.. #salamjumaat mohon doakan kami,” tambahnya lagi.
Perkongsian pelakon Nur ini mendapat pelbagai reaksi netizen dan rata-rata mendoakan keselamatannya serta para pendaki lain.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press
Sumber: Instagram Azhan Rani via MH
Be the first to comment on "“Dengar Kata Negara Kita Jerebu” – Sukar Benafas Di Ketinggian 5643 Meter, Azhan Rani Dedah Oksigen Cecah Harga RM750 Satu Tong"