“Siapa Dengar Sampai Habis, Ment4l Anda Kuat” – Tunjuk Bakat Menyanyi, Syed Saddiq Buat Netizen Terhibur

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengejutkan netizen dengan bakat nyanyiannya.

Menerusi laman sosial Instagram, Saddiq mendedikasikan sebuah video lagu patriotik kegemarannya berjudul Sejahtera Malaysia untuk tatapan umum.

“I dedicate my favourite patriotic song to my Malaysian family. #merdeka,” tulis Syed Saddiq sebagai kapsyen.

Walaupun netizen menyifatkan yang Saddiq tidak mempunyai bakat untuk menyanyi, semangat dan keyakinan Saddiq untuk merakamkan lagu tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

Di ruangan komen, ramai yang bertindak selaku juri dan secara berseloroh, mereka memberikan kritikan terhadap nyanyian Saddiq.

“Talent 0%, tempo 0%, vokal 0%, keyakinan 1000%,” komen seorang netizen.

“Nyanyian okay tapi feel tu kurang sikit. Saya bagi 4 daripada 5 bintang,” ujar seorang netizen.

“A bit pitchy, jaga jarak mikrofon. Diction S tu tak jelas dan kawal breathing,” tulis seorang netizen lagi.

Malah, nyanyian Saddiq tersebut turut mengundang reaksi penyanyi nombor satu negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza dan Sufian Suhaimi.

“Alamak YB, tak boleh cari makanlah saya lepas ni,” ujar Siti berseloroh.

“Steady YB steady,” komen Sufian.

Biarpun menjadi bahan usikan netizen, Saddiq kelihatan mesra melayan usikan dan kritikan yang ditinggalkan di ruangan komen. 

Video tersebut sehingga kini telah menerima hampir 300,000 tontonan.

Sumber : Gempak

 

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Siapa Dengar Sampai Habis, Ment4l Anda Kuat” – Tunjuk Bakat Menyanyi, Syed Saddiq Buat Netizen Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*