Harris Alif Luah Rasa Syukur Intan Ladyana Selamat Bersalin Namun Ini Yang Berlaku Sebelum Tu

Pelakon jelita, Intan Ladyana selamat bersalin anak sulungnya, semalam. Perkongsian gembira tersebut dikongsikan oleh Harris Alif menerusi akaun Instagram miliknya. Tahniah!

Alhamdulillah!

Menurut Harris, isterinya telah selamat bersalin sekitar jam 11.40 malam tadi. Sebagai suami, Harris berasa lega apabila isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat dan selamat. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! pasangan ini belum berkongsi mengenai nama dan jantina bayi mereka. Korang rasa baby boy atau girl?

Ya Allah permudahkanlah segala urusan Isteriku.

Sebelum bersalin, Harris sempat mengambil dan memuat naik sebuah foto bersama isterinya. Menerusi foto tersebut, Harris berdoa semoga urusan isterinya itu dipermudahkan oleh Allah. Harris juga memohon doa daripada semua agar isteri dan bayinya itu berada dalam keadaan yang sihat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)

Terdahulu, Intan dan Harris diduga apabila mereka berdua disahkan positif cov1d-19. Susulan daripada itu, Intan telah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) manakala, Harris menjalani kuarantin di rumah. Pada masa itu juga, ibu kepada Harris iaitu Khalizah Abdul Khalid, berkata Intan sedang hamil tujuh bulan. Sebagai ibu mentua, Khalizah bersyukur apabila anak dan menantunya hanya mempunyai simptom yang ringan dan tidak teruk.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)

Sumber: Harris Alif

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: OhBulan


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Harris Alif Luah Rasa Syukur Intan Ladyana Selamat Bersalin Namun Ini Yang Berlaku Sebelum Tu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*