Anuar Zain Tak Sabar Bakal Terima Cucu Saudara, Ini Kata-kata Untuk Ernie Zakri

Penyanyi terkenal, Anuar Zain akui teruja kerana bakal menerima kehadiran ahli keluarga baru apabila anak saudaranya, Ernie Zakri dijangka menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shahrul Anuar Zain (@anuarzain70)

Anuar berkata, dia tumpang gembira selain menyifatkan Ernie dan suaminya yang juga penyanyi, Syamel sebagai pasangan yang saling melengkapi.

“Sudah tentu saya teruja, tak sabar menantikan kelahiran cucu saudara. Ibu Ernie, Raafeah Mohamed rapat dengan saya, kami sepupu. Kak Gie (Ziana) pula rapat dengan adik ibu Ernie. Malah usia mereka pun sebaya.

“Waktu kecil kami rapat sampai ketika dia berkahwin, saya menangis kerana sudah tentu hubungan tidak akan seperti sebelumnya. Kemudian hubungan kami berjalan seperti biasa dan saya pun mulai bekerja.

“Bagaimanapun dengan Ernie Zakri saya tidak berapa kenal, maksudnya ketika dia membesar. Cuma pada enam ke tujuh tahun kebelakangan, baru saya mulai mengenali anak buah saya tu. Suck a lovely girl sebenarnya.

“Sekarang kita punya hubungan yang sangat rapat, alhamdulillah. Tambahan pula dia memiliki suami yang baik seperti Syamel. Bagi saya mereka good couple,” katanya.

Terdahulu, penyanyi yang popular menerusi lagu Keabadian Cinta ini ditemui pada sidang media Makan Malam Amal Anuar Zain – Karena Aku Cinta di Pullman Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Makan Malam Amal Anuar Zain – Karena Aku Cinta bakal diadakan 5 Mac 2022 di Ipoh International Convention Centre, IICC bermula pukul 8.30 malam.

“Acara ini menghargai dan menyalurkan bantuan kepada anggota barisan hadapan atau frontliners yang terk0rban ketika menjalankan tugas sepanjang wab4k melanda dan juga menghargai penggiat seni tempatan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Majlis makan malam amal anjuran bersama Bond Holdings Sdn Bhd, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Sycal Ventures Berhad in bertujuan untuk berhibur sambil beramal,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MH


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Anuar Zain Tak Sabar Bakal Terima Cucu Saudara, Ini Kata-kata Untuk Ernie Zakri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*