Zul Ariffin Menjelaskan Punca Sebenar Babak Dukvng Seorang Wanita Yang Sedang Tul4r

Pelakon s4sa, Zul Ariffin memberi penjelasan susulan 4ksi mesranya yang dilihat mendukung seorang wanita menerusi video promosi produk bengkung yang tul4r di laman media sosial.

Menurut aktor berusia 36 tahun itu, apa yang berlaku sebenarnya berlaku secara spontan ketika sesi rakaman video itu dijalankan.

“Pada awalnya, sebelum sesi rakaman video diadakan memang kami sudah ada perancangan untuk penghasilan video berkenaan.

“Tetapi ketika sesi rakaman video itu dijalankan, secara tiba-tiba dan spontan idea babak tersebut muncul untuk menambah baik lagi penghasilan video berkenaan supaya nampak lebih menarik,” katanya.

Zul berkata demikian ketika ditemui di majlis pelantikannya sebagai duta bengkung keluaran jenama Superwoman di Concorde Hotel, Shah Alam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Dalam pada itu, Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin menambah, dia bersikap terbuka dan tidak berasa bimbang mengenai penerimaan ramai terhadap tindakannya itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

“Sudah semestinya, apabila video itu keluar pasti akan jadi perhatian ramai. Bagi saya, apa sahaja orang nak cakap mengenainya atau bagaimana orang luar untuk menerimanya, itu subjektif.

“Sebenarnya, apabila ada orang bercakap mengenai hal ini sejujurnya ini adalah satu pertunjukan perniagaan.

“Kami memang tidak ada niat atau sengaja untuk merakam babak tersebut supaya video itu jadi tul4r, tapi kami buat untuk promosi produk,” jelasnya lagi.

Mengulas mengenai pembabitannya sebagai duta produk tersebut, Zul terharu atas kepercayaan yang diberikan selain percaya, penggunaan bengkung sebenarnya tidak hanya khusus untuk kaum wanita semata-mata.

Sebaliknya, ia boleh juga digunakan oleh kaum lelaki terutama untuk tujuan sokongan tubuh badan agar lebih tanpak tegap dan ‘fit’.

“Saya juga menyukai produk bengkung yang banyak membantu saya bersenam di gimnasium walaupun saya akui, tak kongsikan aktiviti seaman saya di media sosial. Saya jenis suka buat secara senyap.

“Tetapi untuk ini, tak lama pun saya ambil masa untuk bersetuju sebab memang menggunakan bengkung untuk tujuan sokongan tubuh badan.

“Senang bekerjasama dengan pasukan Superwoman dan saya juga menyukai produk bengkung yang dikeluarkan. Semestinya, saya mahukan sesuatu yang berkualiti kerana turut menggunakan nama saya sebagai duta,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MH


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Zul Ariffin Menjelaskan Punca Sebenar Babak Dukvng Seorang Wanita Yang Sedang Tul4r"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*