Selepas Sudah Tidak Tinggal Sebumbung Dgn Suami, Penyanyi Aishah Akhirnya Luahkan Perasaan Yg Dipendam Lama

Penyanyi popular Aishah berkongsi curahan hati menerusi posting di Instagramnya sempena hari jadinya baru-baru ini.

Diberikan hadiah seutas gelang tangan oleh anak-anaknya, pelantun lagu Janji Manismu itu seakan-akan mencoretkan bayangan kehidupan rumah tangganya sebelum ini.

Tulis Aishah, dia tidak pernah merasa kehidupan bergelar seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah sebaliknya dia pula yang mengambil tanggungjawab yang lebih besar.

“I tak pernah merasa hidup sebagai seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah-hadiah.

“Seumur hidup I lah isteri yang membeli beras.

“Allah bagi anak-anak yang thoughtful, belated birthday present dari Armand. Buat mata mum dia masuk habuk,” katanya.

Perkongsian Aishah sempena hari jadinya ke-57 pada 3 Januari lalu itu menyentuh hati peminatnya. Ada juga yang bersetuju dengan pendirian Aishah.

“Sebab tu saya malas nak berlaki lagi. Ahai. Lelaki menyusahkan saya, membazir. Elok den solo, aman damai,” coret seorang pengguna yang seterusnya disokong oleh Aishah.

“Sesungguhnya kehidupan ini tidaklah seindah mimpi.

“Anda wanita kuat dan hebat. Maka Allah duga dengan semampu kita. Moga pelangi tiba, terus kuat, cantik dan sihat,” tambah beberapa pengguna memberikan kata-kata nasihat.

Untuk rekod, Aishah pernah tampil mendedahkan kisah rumah tangganya yang sudah tinggal berasingan dengan suaminya sejak Ogos tahun lalu.

Perkahwinan bersama suami keempatnya itu dibina selama lima tahun.

Aishah Sudah Tiga Bulan Tidak Tinggal Sebumbung Dengan Suami – “Anggap Saja Antara Kami Tiada …”

Penyanyi popular Aishah mendedahkan sudah tiga bulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya.

Berkongsi perkara terbabit kepada Berita Harian, kata Aishah, 56, mereka bagaimanapun belum lafaz talak.

“Benar, kami sudah berpisah, cuma, talak belum dilafazkan. Kami sudah tinggal berasingan, sejak tiga bulan lalu.

“Tiada siapa berkahwin untuk bercerai. Saya juga mengimpikan perkahwinan keempat kekal hingga akhir hayat.

“Jadi, usah ditanya apa punca perpisahan ini. Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa.

“Anggap sahaja antara kami sudah tiada jodoh,” katanya.

Tambah pelantun lagu Janji Manismu itu, dia perlu menceritakan perkara sebenar bagi mengelakkan timbul fitnah.

“Jika boleh saya tidak mahu kisah rumah tangga jadi tatapan umum. Namun, saya akan menerima k3sannya hanya kerana saya seorang selebriti.

“Saya memang memberi sedikit bayangan menerusi hantaran dimuat naik dalam laman Instagram (IG). Mana yang tahu, tahulah…

“Pengakuan dibuat selepas saya berfikir panjang dan tidak mahu timbul fitnah jika ada melihat saya bersama lelaki lain dalam urusan kerja.

“Siapa tidak sedih melihat mahligai yang dibina berantakan. Tetapi, saya akur dengan ketentuan Tuhan,” tambahnya.

Aishah dikurniakan dua cahaya mata, Armand Azhari, 28, dan Azhad Ahlami, 23, menerusi perkahwinan pertama.

Pada 2017, Aishah pernah mengakui sudah berkahwin kali keempat namun enggan mendedahkan butiran lanjut perkahwinannya itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

sumber: GEMPAK via SAMSON


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Selepas Sudah Tidak Tinggal Sebumbung Dgn Suami, Penyanyi Aishah Akhirnya Luahkan Perasaan Yg Dipendam Lama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*