Seorang Peminat Nikki Palikat Mengadu Kenapa Nikki Tak Menang GV. Sekali Tokram Masuk 1 Komen Padu Menyengat

Menerusi ruangan komen di Instagram, juri tetap program Gegar Vaganza 8 (GV8), Datuk Ramli MS menjawab persoalan kenapa Nikki Palikat tidak menjadi juara.

Selepas Aliff Aziz dinobatkan juara GV8, segelintir netizen tidak berpuas hati dan mempersoalkan penilaian yang diberikan. Seorang pengguna di laman Instagram telah mengajukan soalan di ruangan komen Ramli MS.

Tok Ram kenapa Nikki tak juara? Sampai hati.. Ini Komen Balas Tokram

Walau bagaimanapun, komen tersebut dibalas oleh Tok Ram dengan menjelaskan bahawa bukan dia seorang sahaja yang memberikan markah, dan tidak memegang kuasa yang membolehkan dia mengubah markah juri lain.

Menurutnya, keputusan peringkat akhir GV8 yang berlangsung kelmarin itu adalah majoriti mutlak.

Gegar Vaganza tu bukan apak (bapa) saya punya. Ada empat juri yang bagi markah. Kena hormat nombor-nombor itu, majoriti mutlak. Ketua juri tak boleh tukar markah juri lain.

Dalam pada itu, ada juga yang memesan agar pengguna lain tidak bertanyakan soalan yang melebih-lebih kerana bimbang Tok Ram marah dan mengamuk.

Susulan daripada itu, komen tersebut dibalas oleh Tok Ram yang menyifatkan masih ramai yang tidak faham mengenai sistem penjurian.

Takda makna nak ngamuk. Benda nyata, kadang orang tak faham. GV tidak menjuri apa pemberian Tuhan, seperti warna suara, tingginya, ‘ranges’ suara, muka cantik dan suara kuat.

Dalam suara ada seni dan teknikal. Kena guna data yang ada di minda tu. Kalau tak Aweera yang suara kuat, tinggi atau Nikki menang tanpa bertanding.

Respon Tok Ram

 

Selain Tok Ram, peringkat akhir GV8 turut diadili dua juri tetap lain iaitu Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat, serta juri jemputan Joe Flizzow.

Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz dinobatkan juara GV8 dan membawa pulang RM100,000. Tempat kedua menjadi milik Nikki Palikat, ketiga Suki Low, keempat Adibah Noor, kelima Azan Scan dan keenam Aweera.

Sumber: Tok Ram via Oh Bulan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Seorang Peminat Nikki Palikat Mengadu Kenapa Nikki Tak Menang GV. Sekali Tokram Masuk 1 Komen Padu Menyengat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*