‘Tang1san Gembira Seorang Isteri’- Kapsyen Jasmin Hamid Buat Bella Astillah Dapat Sokongan Ramai

Berita kemenangan Aliff Aziz sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) malam tadi masih hangat diperkatakan, apatah lagi ini merupakan perjalanan baru buat Aliff untuk kembali aktif dalam arena seni tempatan.

Kapsyen Istimewa Buat Bella

Melihat kemeriahan malam tadi, video wajah Bella Astillah yang seb4k dengan kemenangan suaminya itu mencuri tumpuan orang ramai termasuklah pelakon veteran tanah air, Jasmin Hamid.

Jasmin Hamid memuat naik video momen Bella Astillah menangis terharu tatkala mendengar suaminya dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-8, bersama kapsyen istimewa untuk Bella di Instagram nya.

Foto – Instagram @jasminhamidjh

“DOA isteri adalah MUSTAJAB..

TANGISAN GEMBIRA seorang isteri yang sentiasa menjadi pendorong pada seorang suami untuk terus maju dan berd1ri tegak..

Walaupun satu ketika, ramai yang pandang h1na pada suaminya kerana kekhilafan suaminya, namun beliau tidak pernah patah semangat dan sabar..

Tetap berikan peluang pada si suami untuk perbaiki d1ri dan perkahwinan mereka.. Ini lah ganjaran dari Allah di atas kesabaran, pengorbanan dan kesetiaannya terhadap suami tercinta..

REZEKI, JODOH dan aj4l m4ut adalah RAHSIA ALLAH.. Syukuri nikmatNYA.. ALHAMDULILLAH. Tahniah @iamaliffaziz dan @bellaastillah

ALLAH MAHA BAIK.. Hebat bukan?” tvlisnya

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

Netizen Sokong Kata-Kata Jasmin Hamid

Melihat muat naik pelakon veteran tersebut di Instagram menarik perhatian ramai, dan rata-ratanya memberi komen setuju dan menyokong apa yang dikatakan oleh Jasmin Hamid istimewa buat Bella di media sosial.

Mana tidaknya wanita berhati cekal ini lah yang banyak berk0rban dan sanggup memberi peluang kedua buat Aliff untuk berubah menjadi insan yang berjaya pada hari ini.

Foto – Instagram @jasminhamidjh

“Alhamdulillah.. Tahniah doa dan berkat kesabaran seorang isteri”

“Syukur alhamdulillah saya pun suka Aliff menang, berkat kesabaran Bella. Aliff pun banyak berubah, tengok dia sujud syukur tu buat saya sebak je”

“Ya… Setiap orang berhak dapat peluang ke 2.. Dia memang wanita yang kuat…”

“Kata-kata yang bagus! Syukur Alhamdulillah, tahniah @iamaliffaziz” komen mereka

Kejayaan Aliff Aziz dinobat sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-8 membuatkan orang ramai tidak sabar menanti buah tangan anak jati Singapura ini akan datang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Murai my


Apa kata anda?

Be the first to comment on "‘Tang1san Gembira Seorang Isteri’- Kapsyen Jasmin Hamid Buat Bella Astillah Dapat Sokongan Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*