Terpisah 445 hari, anak pulang sebagai rider kjutkan mak ayah! Simpati nasib ‘aunty’ g4gal balik Malaysia kerana dokumen tak lengkap

PELAKSANAAN Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) ternyata menggembirakan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

Inisiatif itu memudahkan rakyat Malaysia yang selama ini ‘terkandas’ di republik itu ekoran pandemik cov1d-19 untuk pulang ke tanah air tanpa perlu menjalani kuarantin.

Susulan itu, seorang pemuda India yang memanfaatkan VTL berkongsi kisah perjalanannya dari Singapura ke kampung di Pulau Pinang selepas 445 hari terpisah dengan ibu bapanya.

Bercakap kepada mStar, Gobenath R N Raju berkata, dia bertugas sebagai eksekutif dalam bidang makanan dan minuman (F&B), manakala isterinya, Sharwesini Koonusagaran pula merupakan pembantu pergigian di negara jiran itu, sejak tujuh tahun lalu.

Pemuda berusia 28 tahun itu memberitahu, kali terakhir dia berjumpa dengan ibu bapanya pada 2020 sebelum pulang ke kampung di Seberang Jaya, pada Ahad minggu lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Memang excited dapat balik kampung sebab dah lama tak jumpa mak dan ayah. Dengan bantuan dua kawan sejak kecil, saya menyamar jadi rider hantar makanan ke rumah.

“Ayah mula-mula pelik sebab kenapa tak ada bakul (kotak makanan)? Kami beri alasan sebab barang kecil tak perlu bakul sebelum saya buka helmet dan mask tunjuk muka,” ujarnya secara berselor0h, ketika dihubungi.

dari singapura ke penang 1

Gobby (k1ri) dan isteri bekerja di Singapura.

Sebagai anak sulung daripada dua beradik, dia begitu rapat dengan keluarganya dan mengakui sedih tidak dapat bersama ibu bapanya untuk menyambut perayaan Deepavali.

“Sepanjang saya dan isteri bekerja di Singapura, ada juga tahun yang kami tak balik ke Malaysia masa sambvtan Deepavali.

“Tapi kali ini dua tahun berturut-turut kami tak sambut Deepavali bersama keluarga kerana ‘terkandas’ di Singapura,” katanya sambil menambah isterinya berusia 29 tahun dan berasal dari Johor Bahru, Johor.

dari singapura ke penang 2

Gobby (dua, k1ri) bersama keluarga.

Walaupun panggilan video mengubat rindu dari kejauhan, namun dia yang lebih mesra disapa Gobby menyifatkan perkara tersebut begitu mencabar.

“Sudah tentu saya rindu pada mak dan ayah, tapi pada masa sama saya tak boleh tunjuk yang saya sed1h di hadapan mereka masa buat video call.

Saya rindu pada mak dan ayah, tapi saya tak boleh tunjuk yang saya sed1h di hadapan mereka masa buat video call.

GOBBY

“Nanti mereka juga sedih sebab lama tak jumpa. Tapi mereka tak tahu, di sebalik video call tu memang saya men4ngis fikir bila dapat balik jumpa mereka,” katanya mengenai ibu bapanya yang masing-masing berusia 55 dan 58 tahun.

Dalam keterujaannya pulang menaiki bas dari Singapura ke Johor, sebelum meneruskan perjalanan menerusi penerbangan ke Pulau Pinang, Gobby berkongsi kisah yang tidak dapat dilupakan ketika berada di Stesen Pertukaran Bas Sementara Woodlands di republik itu.

dari singapura ke penang 3

Gobby berpeluang menyambut Thaipusam di Pulau Pinang.

Menurutnya, mereka bertemu dengan seorang wanita rakyat Malaysia berusia lingkungan akhir 40-an, kemungkinan turut bekerja di Singapura.

Aunty India tu terlepas bas yang sepatutnya dia naik sebelum giliran kami disebabkan dokumennya tidak lengkap untuk semakan sebelum dibenar meneruskan perjalanan ke Malaysia.

“Kami cuba bantu update permohonannya tapi tak berjaya kerana masalah dokumennya yang tak lengkap. Tak pasti dia pulang ke mana atau jumpa siapa di Malaysia, tapi nampak perasaan h4mpa di wajahnya kerana terpaksa beli tiket baharu untuk hari lain.

“Saya juga sed1h masa tu. Oleh itu, saya berh4rap selepas ini aunty tu atau sesiapa yang mahu pulang ke Malaysia pastikan buat persediaan awal dan bawa dokumen lengkap,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Terpisah 445 hari, anak pulang sebagai rider kjutkan mak ayah! Simpati nasib ‘aunty’ g4gal balik Malaysia kerana dokumen tak lengkap"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*