Perkemb4ngan Terkini Julia Rais, Bakal Timang Cucu Lagi?

Yang Amat Berbahagia Cik Puan Julia Aishah Binti Abdul Rais, 49 atau lebih dikenali sebagai Julia Rais di dalam dunia hiburan tanah air mula menempa nama di awal 90 an melalui filem Mira Edora dan seterusnya diangkat sebagai Bintang h4rapan FFM9 menerusi filem Hati Bukan Kristal.

Filem Suci Dalam Debu yang ditayangkan pada tahun 1992 merupakan filem terakhir lakonan aktres berd4rah kacukan Melayu dan Inggeris ini sebelum kelibatnya hil4ng daripada industri seni tanah air dan seterusnya membawa kepada spekulasi yang mengatakan beliau telah berkahwin dengan Tengku Mahkota Pahang ketika itu yang kini merupakan Yang Dipertuan Agong ke-16, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Pada bulan November tahun sama Julia Rais menerima kelahiran puteri sulungnya, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah.

Sehingga kini keberadaan beliau menjadi tanda tanya dan foto terkini yang dapat ditatap peminat hanyalah foto dia sedang mendukung cucu pertamanya yang merupakan anak sulung kepada Puteri Iman Afzan. Foto yang diambil membelakangkan kamera itu dimuat naik oleh Tengku Puteri Iman dengan kapsyen yang berbunyi “My mommy and my son”.

Menerusi hantaran terkini di laman Tengku Iman Afzan, nampaknya YAB Cik Puan Julia Aishah bakal menimang cucu kedua apabila foto yang dikongsikan menunjukkan puteri sulung YDPA ke-16 itu jelas sedang berbadan dua.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Iman Abdullah (@imanabdullah)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Cari


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Perkemb4ngan Terkini Julia Rais, Bakal Timang Cucu Lagi?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*