Neelofa, PU Riz selamat timang anakanda sulung. Ini nama anak yg diberi

PENGACARA dan usahawan Neelofa selamat melahirkan anak sulung di sebuah pusat perbubatan kira-kita pukul 4.44 patang Sabtu.

Suaminya, Haris Ismail atau PU Riz memaklumkan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dan bayi mereka kini berada dalam keadaan baik.

Dalam pada itu, Haris turut memberitahu mereka memilih nama Muhammad Bilal untuk bayi berkenaan.

“Alhamdulillahirabbil’alamin. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan Putera sulung kami pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.

“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga,” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Haris turut mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai terhadap dia dan isteri sejak mereka berkahwin.

“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dik1rim oleh anda semua.

“Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mend1rikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata.

“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,” ujarnya.

Neelofa atau nama sebenarnyanya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, mend1rikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Mohd Ismail, 27, pada Mac 2020.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : mStar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Neelofa, PU Riz selamat timang anakanda sulung. Ini nama anak yg diberi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*