Hunny Madu dedah wajah dan nama anak ketiga selepas usia 7 hari, suami t4kut-t4kut nak mandikan bayi

SELEPAS menerima berita gembira pengacara Neelofa menimang cahaya mata, penyanyi dan bekas penyampai radio, Hunny Madu juga memaklumkan dia selamat melahirkan anak ketiga pada 22 Januari lalu.

Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim, 38, berkata, dia melahirkan cahaya mata perempuan itu secara pembed4han di sebuah pusat perubatan.

“Alhamdulillah, saya selamat melahirkan anak secara pembed4han selepas doktor maklumkan tidak boleh secara normal.

“Saya dah rasa pengalaman ini ketika melahirkan anak pertama, jadi tidak ada sebarang masalah,” ujarnya kepada mStar.

hunny madu 3

Hunny dan suami teruja sambut kelahiran Mia

Untuk rekod, ini merupakan anak pertama hasil perkahwinan keduanya dengan Fedrighi Francesco.

Mereka mend1rikan rumah tangga pada 2 Mei 2020.

Hunny pernah berkahwin dengan Khairul Azhar Abdul Wahid pada 2010 namun bercer4i pada Oktober 2018.

Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Eva Medina, 10, dan Adam Musa, 5.

Suami saya banyak bertanya soalan dan pada awalnya dia send1ri takut untuk mandikan bayi

HUNNY MADU

PENYANYI/PENGACARA

Sementara itu, Hunny berkata, suaminya agak kekok dalam urusan menjaga bayi berikutan ini anak pertamanya.

Katanya, suaminya banyak bertanya dan takut untuk memandikan bayi tersebut.

“Suami saya banyak bertanya soalan dan pada awalnya dia send1ri takut untuk mandikan bayi.

hunny madu 2

Bersama dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu

“Mujurlah saya ada pengalaman sebelum ini. Kalau dua-dua tiada pengalaman memang susah jadinya.

“Dalam tempoh seminggu ini memang kami ambil masa untuk faham keperluan bayi dan apa yang sepatutnya dilakukan,”katanya.

Sementara itu, kelahiran bayi yang diberi nama Mia Celine itu turut disambut gembira oleh dua anaknya yang lain.

“Anak pertama saya sudah berusia sepuluh tahun, dia sangat gembira menerima kehadiran adik baharu,”katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hunny Madu (@hunnymadu)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Hunny Madu dedah wajah dan nama anak ketiga selepas usia 7 hari, suami t4kut-t4kut nak mandikan bayi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*